Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Letopnya Che Ta... Selepas Tudung & Produk Kecantikan, Jual Kad Sim Prabayar Pulak!

Azwa Rahman
29/04/2019 10:54 MYT
Pelakon dan pengacara, Rozita Che Wan telah melancarkan Kad Sim Glamor MyPrepaid Edisi Eksklusif Rozita Che Wan.

Kad sim yang hadir dalam versi prabayar itu hanya berharga RM10 dan tersedia kredit percuma bernilai RM5 untuk panggilan, SMS dan data.

Bagi Che Ta, idea untuk melancarkan kad prabayar Eksklusif ini merupakan keinginannya sendiri.



“Ini seperti satu penghargaan kepada semua peminat saya. Saya mahukan satu platform komunikasi yang berterusan antara saya dan peminat”, ujarnya ketika ditemui selepas pelancaran kad sim MyPrepaid di Hotel Royal Chulan, Damansara.

Menurutnya lagi, MyPrepaid menawarkan peluang kepada 500 orang peminat terawal untuk menjadi wakil pengedar kad prabayar Glamor ini.

“Seramai 500 orang ini agen yang mendaftar ini nanti akan bersama-sama berbuka puasa bersama saya dalam satu majlis berbuka puasa eksklusif nanti.”

Mereka yang berminat untuk menjadi pengedar boleh mendaftar di laman web www.myprepaid.com.my bermula 29 April 2019 sehingga 10 Mei 2019.

Turut hadir dalam majlis pelancaran ini adalah Mohd Fadillah Mat Said, Ketua Pegawai Eksekutif MyPrepaid serta suami Che Ta, Zain Saidin.
#Che Ta #Telefon pintar #Kad Sim
;