Selepas berpacaran selama sembilan bulan, kakak kepada Kim Kardashian iaitu Kourney Kardashian akhirnya mengikat tali pertunangan dengan belahan jiwanya, Travis Barker. Berita tersebut disahkan oleh sumber terdekat portal hiburan popular, PageSix.

Menerusi laporan berkenaan, Travis, 45, melamar Kourtney, 42, sebagai isterinya di Hotel Rosewood Miramar Beach, Montecito, California, Amerika Syarikat.

A post shared by Kourtney Kardashian (@kourtneykardash)


Ketika lamaran dibuat, Travis membawa Kourtney ke satu lokasi di tepi pantai yang dihiasi oleh ratusan mawar merah dan lilin putih.

Kourtney turut memuat naik beberapa gambar daripada majlis lamaran tersebut ke akaun Instagramnya. Di ruangan kapsyen, Kourtney menulis ‘forever’ yang membawa maksud selama-lamanya.

Anak gadis Travis, Alabama, turut berkongsi kisah gembira tersebut menerusi gambar pasangan berkenaan di Instagram Storynya. Alabama menulis kapsyen: “Saya gembira dengan untuk kamu. Sayang kamu berdua,” tulisnya.

Kim Kardashian juga turut hadir memeriahkan majlis.



Sebelum ini, Kourtney dan Travis merupakan sahabat baik. Namun, mereka mula menjalinkan hubungan istimewa pada awal 2021.

Pertunangan ini memberi petanda bahawa Kourtney bakal memasuki alam perkahwinan, selepas hanya berpacaran dengan bekas kekasihnya, Scott Disick selama 10 tahun.

Menerusi hubungan terdahulu bersama Scott, Kourtney dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mason Dash Dash Disick, 11; Penelope Scotland Disick, 9; dan Reign Aston Disick yang kini berusia enam tahun.

Sementara itu, Travis pernah mendirikan rumah tangga dengan Melissa Kennedy pada 2001 dan bercerai setahun kemudian manakala berkahwin dengan Shanna Moakler pada 2004 dan berpisah empat tahun kemudian.

Menerusi perkahwinannya bersama Shanna, Travis dikurniakan Alabama Luell Barker, 15 dan London Asher Barker, 18.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!