Level Up! Ramai Terpana Bila Gempak Berjaya Transform Cik B & Kacak Persis Model Antarabangsa Untuk Cover Oktober 2021

Amri Hassan
Oktober 4, 2021 12:15 MYT
Khamis, 23 September 2021, Gempak berjaya mendapatkan pasangan adik-beradik sohor kini, Cik B dan Kacak untuk sesi pemotretan sampul hadapan G The Untold Story.
BACA: #G The Untold Story: Kacak Restu DSV Kahwin, Cik B; “Ayah Baru Okay Tapi Jangan Childish”
Segalanya saat akhir, sama juga dengan persiapan ringkas, perancangan dan susun atur sesi fotografi itu, pasukan kami akhirnya tiba di kediaman mewah ibu mereka, jutawan kosmetik popular Datuk Seri Vida di Ipoh, Perak pada 27 September lalu.
Tidak banyak yang boleh digerak gempurkan untuk sesi fotografi tersebut, apa adanya saja. Jadi, kami memilih untuk punggah saja dari wardrobe mereka. Lebih kena dengan citarasa, gaya dan selera mereka.
Kemudiannya, pasukan kami yang dikendalikan oleh penulis merangkap penata gaya pada hari kejadian, Izwan Isa, menyuaipadankan pakaian mereka dengan DNA Gempak. Mahu segar dan luar biasa!
Dalam sesi yang masih mematuhi standard operasi prosedur (SOP), sikap ramah dan keterbukaan Cik B dan Kacak juga menyenangkan pasukan kami yang turut dipandu penulis Gempak, Asraf Aided. Sesi rakaman video pun serba serbi lancar.
Manakala, hasil bidikan jurugambar Pinography, dengan bantuan Aiman Yaakob dan disolek cantik oleh Ami Yumi, Gempak berhasil mentransformasikan dua beradik ini buat pemanis sampul hadapan Oktober yang dikeluarkan semalam (Ahad, 3 Oktober 2021).
Terbukti, foto-foto Cik B dan Kacak yang bergaya persis model remaja antarabangsa menarik perhatian ramai, malah ada yang memuji dan yakin bahawa kedua-dua mereka boleh digilap pada masa hadapan untuk lebih menyinar.
Meninjau ruangan komen di akaun media sosial Cik B, Datuk Seri Vida dan Gempak pula, ternyata ramai yang memperakui akan kehebatan dua beradik itu beraksi di hadapan lensa kamera.
"Cik B lawa, boleh jadi model eksotik look.
"Nak print dan tampal di dinding, best tengok!
"Hampir tak kenal, wow Cik B!
"Cik B & Kacak on fire!
"Wah! Kacak memang kacaklah!
"Mata kacak tu memang pandangan seorang model.
"Hebatnya. Terbaik posing model dorang, macam model berpengalaman.
"Transform, stunning!" tulis kebanyakan wargamaya di media sosial.
Terima kasih juga buat pembantu peribadi Cik B dan Kacak, Sam yang banyak memudahkan tugasan pasukan Gempak untuk sesi penggambaran ringkas itu.
Korang juga boleh menonton video ringkas di sebalik tabir penggambaran G The Untold Story edisi Oktober bersama Cik B dan Kacak di bawah ini.
#Penyanyi #Viral #Datuk Seri Vida #Gaya Hidup #Fesyen #BTS #Kacak #Perak #DSV #Lifestyle #Vida #Ipoh #Cik B #Photoshoot #Behind The Scene