gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Daniel Sher Anggap Penubuhan ALPHA Lebih Bermakna Berbanding Keputusan Individu - “Saya Rasa Kami Semua Tidak Patut…”
BERITA
Berang & Dendam Ditegur Bermain Motor, Warga Emas Maut Dipukul Dengan Cota Besi
HIBURAN
Netizen ‘Love’ Bukan Lagi Kita Versi Aishah - “Masuk Intro Dah Naik Bulu…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

LHDN Tarik Balik Kes, Batal Waran Tangkap Terhadap Nelydia Senrose

gempak
Fiza Kamarudin
24/05/2017
18:59 MYT
Sponsor Banner
LHDN Tarik Balik Kes, Batal Waran Tangkap Terhadap Nelydia Senrose
Mahkamah Majistret pada Rabu telah membenarkan permohonan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menarik balik kes terhadap pelakon Nelydia Senrose yang didakwa gagal mengemukakan borang cukai pendapatan.
Majistret P. Sarulatha memutuskan perkara itu selepas peguam LHDN, Nurulsheeda Mohd Yahaya memaklumkan bahawa pelakon itu atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 23, telahpun membuat pembayaran cukai pendapatan.
Sarulatha turut membenarkan permohonan LHDN untuk membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan ke atas Nelydia pada 12 April lepas kerana gagal hadir ke mahkamah.
Pelakon itu yang mula dikenali menerusi drama Setia Hujung Nyawa bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah.
LHDN dalam satu kenyataan sebelum ini, berkata, Nelydia menghadapi lima pertuduhan gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, yang mengkehendaki beliau mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi lima tahun taksiran iaitu bagi tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013.
Selain itu, pelakon itu turut menghadapi satu lagi pertuduhan lain iaitu gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 81 Akta Cukai Pendapatan 1967, bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada LHDN.
Jika sabit kesalahan, Nelydia boleh dihukum mengikut Seksyen 120(1)(a) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM200 dan tidak lebih daripada RM20,000 atau boleh dihukum penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Sumber: BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelakon
#Nelydia Senrose
#Pelakon
#LHDN
Must-Watch Video