Jutawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak, supaya membayar cukai pendapatan individu bagi tempoh lima tahun yang dituntut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebanyak RM4.6 juta sebelum 21 Mei ini.
Arahan penyelesaian di luar mahkamah itu dikeluarkan Pesuruhjaya Kehakiman Anselm Charles Fernandis selepas tuntutan itu difailkan oleh Peguam LHDN Nor Hidayah Mohd Anas dalam kamar hakim.
Dalam penyataan tuntutan LHDN itu, Hasmiza atau dikenali Datuk Seri Vida dikehendaki membayar kepada LHDN mengikut Subseksyen 91(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun taksiran 2011 hingga 2015 berjumlah RM4,686,435.79.
Datuk Seri Vida bagaimanapun tidak hadir dan hanya diwakili peguamnya, Zailan Mohamed dari Zailan and Associates.
Zailan ketika ditemui pemberita memaklumkan perbincangan akan diadakan dengan LHDN bagi mengadakan pengstrukturan semula bayaran tuntutan berkenaan dan anak guamnya akan menyelesaikan tuntutan itu dalam tempoh ditetapkan.
Sementara itu Nor Hidayah menjelaskan LHDN sebelum ini ada mengadakan perbincangan dengan Datuk Seri Vida namun beliau gagal mematuhi perbincangan bersama yang dibuat sebelum ini berhubung bayaran cukai secara ansuran dan menyebabkan tuntutan dibuat di mahkamah.
Menurutnya, kes tuntutan itu akan berjalan pada 21 Mei ini sekiranya pengasas produk kecantikan itu gagal mengadakan perbincangan dan menyelesaikan tuntutan cukai pendapatan individu itu dalam tempoh ditetapkan.
Sumber: Bernama
Amri Hassan
Mon Apr 09 2018


Jalin Hubungan Dengan Aktor 10 Tahun Lebih Muda, Luna Maya Syukur Disokong & Minta Doa
Luna Maya ada kekasih baharu!

Siap Dalam Masa Tiga Hari, Syabil Harap Lagu Dunia Kita Mendapat Tempat Dalam Kalangan Pendengar Muzik Tempatan
Lagu Dunia Kita terinspirasi daripada pengalaman sebenar

Ini Sebab Sharifah Sakinah Pasang Ayat Al-Quran Ketika Shooting Filem Jemputan Ke Neraka…
Penggambaran pula dekat banglo lama.

#BIGSTAGE5: Baju Yang Digayakan Aina Abdul Ganggu Pandangan Penonton? Ini Jawapan Pihak Produksi: “Tak Pernah Terima Sebarang Aduan…”
Pihak produksi dah bagi jawapan

Lima Tahun Hajat Tertangguh, Raffi Ahmad Buat Kejutan Bawa Pekerja Tunai Haji
Raffi Ahmad lunas hajat

#BIGSTAGE5: “Duduk Belakang Aina Ke, Ajai Ke, Korang Still Terhalang” - Pereka Baju Aina Abdul Tampil Beri Penjelasan
Ini penjelasan Masyadi Mansoor

#PE3 : Dah Kutip RM16 Juta! Fauzi Nawawi Akui Berbaloi Terbabit Dengan Filem Mega Polis Evo 3
Memang berbaloi!

#BIGSTAGE5: “Saya Tak Dilahirkan Dengan Kekuatan Vokal…” - Meer Nash Akan Usaha 10 Kali Ganda Perbaiki Kelemahan
Usaha lagi Meer Nash, all the best.

“Lainlah Minum Arak” - Baby Shima Kecewa Video Minum Dari ‘Botol Susu’ Masih Jadi Isu
Isu botol susu masih berlanjutan

#BIGSTAGE5: Nadeera Zaini Melompat Gembira Siti Nurhaliza Puji Skil & Suara Bagus! - "Terperanjat! Syukur Tak Terkata Apa Dah"
Memang suara dan skil nyanyian Nadeera Zaini mantap!