Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Liam Hemsworth Fail Cerai, Miley Cyrus Terkejut & Kecewa

Asraf Aided
22/08/2019 10:21 MYT
Aktor popular Hollywood, Liam Hemsworth akhirnya telah memfailkan cerai kepada isterinya, penyanyi Miley Cyrus.

Memetik laporan HollywoodLife, Liam dikatakan memfailkan cerai kepada Miley selepas sebelas hari mereka membuat keputusan untuk berpisah.



Meskipun ada khabar angin mengatakan Miley sendiri yang berpaling dari suaminya, namun kini dia dikatakan terkejut dan kecewa dengan tindakan Liam.

"Miley sangat sukakan kehidupan berumah tangga bersama Liam, namun tiada lagi keserasian antara mereka berdua.

"Mereka telah merancang pelbagai perkara untuk rumah tangga mereka namun tidak berhasil.

"Sejak berkahwin, Miley tidak pernah menyangka dia akan berpisah secepat itu,"
kata sumber.

Sebelum ini, Liam dan Miley pernah berpisah, kemudian kembali menjalinkan percintaan yang membawa ke ambang perkahwinan pada Disember tahun lalu.

Sumber : HollywoodLife
#Penyanyi #Hollywood #Penyanyi #Hollywood #Selebriti bercerai