Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ligamen Kaki Hairul Azreen Terkoyak, Ini Reaksi Hanis Zalikha

Mya Amri
14/05/2019 07:18 MYT
Pelakon, Hairul Azreen akui isterinya Hanis Zalikha merupakan sumber kekuatan dan penguat semangat buat dirinya untuk meneruskan penggambaran walaupun mengalami kecederan.

Menurut Hairul, Hanis tidak memberikan sebarang reaksi risau sebaliknya memberikan kata-kata semangat dan percaya bahawa dia bukanlah seorang yang cepat berputus asa.

“Bila dapat tahu saya cedera, dia tidak terkejut sebalik dia relaks sahaja. Dia memberikan kepercayaan kepada saya dan tahu saya pandai jaga diri.

“Dia membuatkan saya menjadi seorang yang sangat kuat. Sewaktu saya patah tangan sewaktu penggambaran Paskal dia sedikit risau.

“Tapi untuk Wira, dia lebih bertenang mungkin sebab dia lihat cara saya deal dengan kecederaan sebelum ini jadi Hanis kata dia tahu apa saya nak buat,” ujarnya.

Selain Hairul, filem arahan Adrian Teh itu turut dibintangi oleh Henley Hii, Ismi Melinda, Josiah Hogan, Ken Abdullah dan Dain Said.

Terdahulu, ligament kaki kanan Hairul terkoyak ketika menjalani penggambaran filem Wira baru-baru ini.

Insiden itu berlaku ketika Hairul melakukan aksi terjun daripada tingkat dua sebuah bangunan.

Hairul kemudiannya dinasihatkan doctor untuk berehat selama lapan minggu namun membuat keputusan untuk meneruskan baki penggambaran kerana tidak mahu menyusahkan pihak produksi filem.
#pelakon #Hanis Zalikha #Hairul Azreen #Pelakon
;