Laman Utama

Lima Daripada 2,546 Pelancong Ke Langkawi Dikesan Positif COVID 19

Awani
16/09/2021
23:48 MYT
Pembukaan Pulau Langkawi menerima pelancong semalam menyaksikan lima daripada 2,546 individu yang disaring di pintu masuk udara dan laut ke pusat peranginan tersebut dikesan positif COVID-19 sehingga jam 12 tengah hari, Khamis.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mereka yang positif merupakan kategori satu iaitu tidak bergejala dan telah diberikan perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) untuk diisolasi bagi tempoh 10 hari.
"Sehingga jam 12 tengah hari 16 September 2021, seramai 2,546 orang telah disaring di pintu masuk udara dan laut ke Pulau Langkawi.
"Ini melibatkan sejumlah 1,250 orang yang telah disaring di empat pintu masuk lapangan terbang dan 1,296 orang melalui feri di Kuala Perlis," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Lima individu yang positif berkenaan adalah antara 2,528 orang telah menjalani ujian RTK-Antigen.
Enam orang telah menjalani ujian RT-PCR sendiri sebelum ke lapangan terbang, dan kesemua keputusan adalah negatif.
Manakala, baki 12 orang kanak-kanak di bawah enam tahun tidak menjalani ujian COVID-19 dan dibenarkan berlepas bersama keluarga masing-masing.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, kejayaan Projek Rintis Langkawi sebagai gelembung pelancongan domestik pertama ini sangat penting dalam menentukan hala tuju pembukaan destinasi gelembung pelancongan domestik yang seterusnya.
"Projek rintis ini perlu dilaksanakan dengan berhati-hati bagi memastikan ianya berjalan lancar dan tidak menyebabkan berlakunya peningkatan kes serta kluster baharu.
"Atas sebab itulah, kerajaan perlu memastikan setiap pelancong yang akan bercuti ke Pulau Langkawi telah menerima vaksinasi lengkap, bukan merupakan kes positif COVID-19, dan bukan kontak rapat kepada kes positif," ujarnya lagi.
Tambah beliau, kejayaan untuk membawa negara keluar daripada kemelut pandemik ini tidak hanya boleh bergantung kepada usaha dan strategi kerajaan semata-mata, sebaliknya perlu didukungi usaha sama oleh semua pihak dan lapisan masyarakat.
Justeru, KKM mengingatkan masyarakat untuk terus mengamalkan tindakan kesihatan awam kendiri dalam apa keadaan sekali pun bagi menjaga keselamatan diri, keluarga, dan masyarakat sekeliling.
"Sekiranya bergejala sama ada semasa tempoh melancong atau setelah pulang dari Pulau Langkawi, segeralah dapatkan rawatan awal atau lakukan ujian kendiri bagi membendung penularan COVID-19.
"Sekiranya kita mengambil mudah kelonggaran yang diberikan, tidak mustahil situasi jangkitan menjadi lebih teruk. KKM mengucapkan jutaan penghargaan atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak dan agensi dalam merealisasikan Projek Rintis Gelembung Pelancongan Domestik Langkawi," kata Dr Noor Hisham.
KKM juga akan sentiasa menambah baik dan memudah cara proses serta pelaksanaan pengujian ini dari semasa ke semasa agar ianya berjalan lancar dan berkesan.
Sumber: AWANI Kredit Foto: BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Pelancong Bertumbuk Rebut Pemandangan Terbaik Untuk Selfie Di Gunung Everest

gempak
03/07/2024
12:43 MYT
Dua pelancong China sanggup bertumbuk demi mendapatkan pemandangan terbaik Gunung Everest untuk berselfie.
Gaya Hidup

Johor Bahru Bakal Cipta Bandar Teknologi Ai, Kos Anggaran RM5 Juta - "Target Kami 50% Pelancong ..."

gempak
02/07/2024
18:50 MYT
Penubuhan Persatuan Usahawan IoT Antarabangsa bakal mencipta sebuah bandar pertama di dunia dengan teknologi Ai Robot di Johor Bahru dengn anggaran kos RM5 juta.
Hiburan

Uniknya! Pelancong Wanita Ini Diberi Nama Malaysia - “Orang Di Sini Baik, Makanan Juga Bagus”

gempak
02/07/2024
10:25 MYT
Seorang wanita rakyat Amerika Syarikat menjadi perhatian netizen kerana memiliki nama yang unik menyamai negara ini iaitu Malaysia.
Viral

Hanya Pakai Kemeja Dan Seluar Dalam, Pelancong Wanita Ini Terpaksa Bertahan Atas Pokok 12 Jam

gempak
26/06/2024
06:55 MYT
Seorang pelancong dari China berkongsi pengalamannya menyelamatkan diri daripada banjir di Kenya, baru-baru ini, dengan berada di atas pokok selama 12 jam.
Hiburan

“Tak Apa… Di Sini Kita Belajar, Siapa Ada Siapa Tiada Masa Kita Ditimpa Masalah” - Fasha Sandha

gempak
16/04/2024
07:55 MYT
Fasha terkilan ada segelintir orang sekelilingnya tidak tanya khabarnya.