Hiburan
Lima Kumpulan AKB48 Hiburkan Lebih 2,000 Peminat Di KL, Ada Yang Sanggup Turun Dari Jepun!
Konsert AKB48 Group Live in KL 2024 ~ First Cry ~ di Zepp Kuala Lumpur baru-baru ini menyaksikan sambutan luar jangka lebih 2,000 peminat tempatan dan luar negara!
BERITA TRENDING: Kumpulan Popular Jepun, AKB48 Buru Bakat Hebat Di Malaysia!
Ada antaranya yang datang dari negara jiran Thailand dan Indonesia malah, ada juga yang sanggup terbang jauh dari Jepun semata-mata untuk menonton konsert sulung lima kumpulan AKB48, STU48, Quadlips, JKT48, dan KLP48.Sepanjang persembahan tiga jam itu, peminat teruja dan menyalakan cahaya glow stick mereka sambil diiringi visual yang menarik.
Bukan itu sahaja, peminat turut bersorak dan menyanyi bersama lagu-lagu popular seperti “Catch Me Kiss Me” dan “Overdrive” (Quadlips), “Ai no Omosa” dan “Kurayami” (STU48), “Rapsodi” dan “Fortune Cookie Yang Mencinta” (JKT48), serta “Everyday, Kachuusha” dan “Koi Tsun Jatta” (AKB48).
KLP48, yang baru sahaja mengumumkan ahli generasi pertama mereka memanfaatkan konsert ini untuk membuat debut yang penuh gaya.
BERITA TRENDING: KLP48 Dianggotai 13 Gadis Muda & Lincah, Sambung Legasi Kumpulan Idola Jepun AKB48!
Mereka mempersembahkan video muzik dan lagu pertama mereka, “Heavy Rotation,” dalam bahasa Melayu, serta lagu-lagu dalam bahasa Inggeris, Mandarin, dan Jepun untuk menunjukkan kepelbagaian dan bakat mereka.Dalam majlis ini, Yi Shyan diumumkan sebagai ketua kumpulan dan KLP48 Official Fan Club turut dilancarkan dengan langganan bulanan RM30 yang memberikan akses kepada kandungan eksklusif.
Sebagai penutup yang meriah, kelima-lima kumpulan naik ke pentas bersama untuk menyanyikan lagu ikonik AKB48, “Aitakatta.”
Selepas persembahan, mereka mengadakan sesi meet and greet dengan peminat, diikuti dengan perbualan santai bersama beberapa peminat fanatik mereka. Konsert ini dianjurkan oleh 48 Entertainment dengan sokongan dari iMe Malaysia.
Must-Watch Video