Memilih makanan berkhasiat adalah penting untuk tumbesaran kanak-kanak kerana nutrien yang cukup sangat penting dalam proses pertumbuhan dan perkembangan mereka.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengawal pemakanan yang diambil oleh anak-anak mereka kerana segala aspek bermula daripada pemilihan makanan, tabiat, cara makan dan jenis makanan yang ditunjukkan sejak mereka kecil lagi.

Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam membentuk gaya pemakanan yang sihat kepada anak-anak mereka.

Di sini merupakan antara lima makanan yang perlu diambil oleh kanak-kanak:


1) Buah-buahan

Buah-buah seperti strawberi, blueberries, ceri mengandungi antioksida yang sangat berkuasa. Vitamin C yang terkandung di dalamnya dikatakan mampu mengelakkan serangan penyakit kanser. Kanak-kanak yang mengambil buah beri secara konsisten akan dapat memperbaiki daya ingatannya.


2) Sayur-sayuran

Sayur-sayuran segar amat baik kepada kanak-kanak kerana mempunyai vitamin dan mineral yang penting serta antioksida untuk mengekalkan sel otak yang kuat.


3) Daging tanpa lemak

Daging tanpa lemak merupakan antara sumber makanan yang kaya dengan zat besi serta mengandungi zink yang bagus untuk memori. Selain itu, Zat besi merupakan mineral yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan membantu mereka menumpukan perhatian terhadap pelajaran di sekolah.


4) Bijirin penuh

Bijirin penuh adalah amat penting kerana otak memerlukan tahap gula secukupnya untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Pengambilan bijirin pada waktu pagi mampu memenuhi keperluan tersebut kepada kanak-kanak.


5)Yogurt dan Susu

Protein dan vitamin B yang ada dalam produk tenusu penting untuk pertumbuhan dan kalsium penting untuk tulang yang kuat serta gigi kanak-kanak.Selain itu, yogurt juga penting sebagai bateria sihat yang meningkatkan imuniti dan membantu penghadaman.

Lima makanan ini adalah penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar jadi ibu bapa diluar sana tidak perlu risau kerana PediaSure Complete ada segalanya dalam setiap bancuhan susu kepada mereka.

PediaSure Complete kini tampil dengan perisa lebih lazat dengan rasa madu dan ia sesuai untuk kanak-kanak berusia satu hingga sepuluh tahun.

PediaSure Complete dirumus khas untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan dengan memberi pemakanan lengkap kepada kanak-kanak serta meingkatkan selera kanak-kanak yang cerewek makan.

Ia juga sesuai untuk diminum oleh kanak-kanak yang ingin mula belajar berpuasa kerana kandungan yang terdapat pada PediaSure Complete membantu memberi tenaga sepanjang hari berpuasa di bulan Ramadhan.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi