Semakan status halal bagi premis Johnny's Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw mendapati lima restoran terbabit bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam kenyataan berkata, semakan itu dibuat berdasarkan dalam sistem MYeHALAL Jakim selepas menjawab pertanyaan mengenai status halal beberapa premis makanan.
BERITA BERKAITAN : "Allah Uji Sedikit Supaya Kita Bersyukur..." - Aisyah Hijanah
BERITA BERKAITAN : Buaya Muncul Di Tasik Shah Alam, Seksyen 7, MBSA Minta Orang Ramai Berhati-Hati
BERITA BERKAITAN : Viral Taman Kucing Klang Didakwa Terabai, MBDK Tampil Beri Penjelasan!
BERITA BERKAITAN : Selain KL, Udit Narayan Akan Turun Pulau Pinang 28 November Ini
Untuk makluman, pertanyaan itu telah diajukan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Jakim.
Jelas kenyataan itu, Jakim juga sudah mengemukakan semula makluman kepada individu yang bertanya melalui e-mel pada 2 September lalu jam 11.36 malam iaitu hari pada yang sama diberi maklum balas atas pertanyaan yang diajukan.
Kenyataan itu turut memaklumkan, sebarang status halal bagi mana-mana premis atau produk, pengguna boleh melakukan semakan di Portal Halal Malaysia melalui pautan http://myehalal.halal.gov.my/portal-halal/v1/index.php
SUMBER:Sinar Harian