Linda Nanuwil Artis Tercantik 2020! Kalahkan Nama-Nama Besar Termasuklah...

Hanafis Haris
Disember 30, 2020 10:00 MYT
Penyanyi Linda Nanuwil diangkat sebagai artis tercantik untuk tahun 2020, berdasarkan undian pembaca Gempak.

Undian yang dibuka sejak 18 Disember lalu itu sepakat memilih penyanyi kelahiran Sabah ini sebagai artis paling cantik tahun ini.

Menerima undian sebanyak 38.97 peratus, kemenangan Linda sekali gus mengenepikan pesaing terdekatnya Siti Saleha dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Siti Saleha dan Siti Nurhaliza masing-masing menerima undian sebanyak 17 dan 10.7 peratus.

Aktres Fazura pula berada di kedudukan ke empat dengan 9.9 peratus.

Pengacara dan usahawan, Neelofa hanya selesa berada di kedudukan keelima dengan 6.7 peratus.

Untuk melihat keputusan penuh, anda boleh baca senarai pemenang di bawah :

BACA: Tok Ti, Azfarheri, Iman Troye Antara Yang TerGempak 2020! Ini Keputusan Penuh ...

#Linda Nanuwil #Gegar Vaganza 7 #GempakMostWanted2020