Sekali lagi bekas penyampai radio Linda Onn berdepan dengan masalah pelanggan yang datang di restauran miliknya tidak membayar makanan yang sudah dimakan.

Menerusi perkongsian di TikTok, Linda bagaimanapun berkata dia menghalalkan saja sekiranya pelanggan tersebut terlupa namun sebaliknya jika disengajakan.

“Sekali lagi... andai benar terlupa, dihalalkan. Andai disengajakan, sebaliknyalah,” kata Linda.

Linda turut meletakkan video mempelihatkan pelanggan itu bersama keluarganya berlalu keluar dari restauran miliknya tanpa membayar makanan berjumlah RM50.46.

Berterima kasih kerana sudi menjamu selera di restauran miliknya, Linda turut memberitahu pelanggan yang lupa bayar itu duduk fi meja F1.

“Kepada famili yang duduk di meja F1, restoran @mymomschickenrice, cawangan MYTOWN, KL... errr, awak lupa bayar tadi. Apa pun, terima kasih sudi menjamu selera,” ujarnya.

Rata-rata netizen memberi tips kepada Linda untuk mengubah sistem bayaran selain berharap pekerjanya lebih peka dengan situasi ketika pelanggan sudah habis makan.

“Kalau macam ini kena ubah la… order di kaunter dan terus bayar. Kalau nak tambah order suruh pergi kaunter. Susah la kalau asyik tak bayar saja.

“Buat saja scan dan order kat meja… bayar terus. Yang tak pandai tu boleh mintak pertolongan daripada pelayan. Banyak kedai dah buat macam ni.

“Pelanggan berapa kerat saja… tapi staff tak alert. Jenuh juga kalau macam ni,” komen netizen.

Terdapat segelintir netizen berkongsi pengalaman mereka pernah juga berdepan situasi terlupa nak bayar kerana dalam keadaan kelam kabut.

@lindaonn Sekali lagi... Andai benar terlupa, dihalalkan. Andai disengajakan disengajakan, sebaliknya lah.. ☺️ Kepada famili yang duduk di meja F1, restoran @mymomschickenrice , cawangan MYTOWN, KL... errr... Awak lupa bayar tadi. Apa pun, terima kasih sudi menjamu selera di My Mom's Chicken Rice cawangan terbaharu tingkat 2, MyTOWN, KL. #forgot #pay #food #restaurant #chickenrice #dinner #family #why ♬ Loh Eh Eh Kocak