Hiburan

"Lirik Lagu Mencerminkan Kisah Kehidupan Saya .." - Zamani Tampil Dengan Single Syawal Ini

Zulaikha Yusof
13/05/2020
08:21 MYT
Penyanyi Zamani akui lagu raya terbarunya yang berjudul Syawal Ini tidak menggunakan masa yang lama untuk disiapkan.
Kata Zamani dia hanya menyanyi sebanyak tiga kali ketika proses rakaman di studio.
"Saya mula rakam pada 4 Mei dan menyiapkan bahan-bahan pemasaran dalam tempoh seminggu.
"Kali ini saya tak mengambil masa yang lama sangat. Saya hanya menyanyi sebanyak tiga kali saja lepastu dah siap.
"Lirik ini diilhamkan daripada Datuk Norman sebab dia banyak tahu kisah saya. Sebelum itu saya dah diberitahu yang lirik lagu ini berkait rapat dengan kehidupan saya.
"Jadi lebih membawa erti dan senang untuk saya menyanyikan lagu ini," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, pelantun Syair Si Pari-Pari menyatakan dia tersentuh dengan lirik lagu tersebut.
"Lagu ciptaan Neo dan terbitan Bajai ini mengisahkan tentang keinsafan dan kesyukuran seorang insan kerana masih dapat meraikan Syawal walaupun mengharungi pelbagai cabaran.
"Sesungguhnya lagu ini menyentuh perasaan saya sendiri kerana lirik lagu ini mencerminkan kisah kehidupan saya apatah lagi mengenang arwah ibu bapa saya yang telah pergi.
"Sepanjang kerjaya saya ini lagu raya yang ketiga iaitu Suasana Hari Raya, Takbir Memecah Hening dan paling baru Syawal Ini.
"Saya bersyukur kerana mendapat kerjasama baik dari keluarga KRU Music yang bertungkus-lumus menghasilkan lagu Aidilfitri saya ini," katanya lagi.
Syawal Ini kini sudah mula dijual di iTunes dan akan diedarkan ke semua platform digital lain mulai 19 Mei 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: Kenapa Zamani Tersingkir? Datuk Ramli MS Jelaskan…

gempak
30/10/2023
03:50 MYT
Ada beberapa sebab jadi punca Zamani tersingkir.
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: Semakin Tegas! Pernafasan, Stamina Dan Lagu Leman Antara Komen Hangat Juri

gempak
30/10/2023
01:55 MYT
Ada persembahan Tok Ram kata tak okay.
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: Zamani Tersingkir! - "Kalau Saya Ada Buat Apa-Apa Harap Halal Saja"

gempak
29/10/2023
15:39 MYT
Sampai sini saja perjalanan Zamani.
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: Syafinaz Komen Zamani Kurang Tenaga, Tak Cukup Stamina

gempak
29/10/2023
13:58 MYT
Zamani tiada masalah kesihatan.
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: Ramai Persoal Kenapa Zamani Terselamat, Ini Jawapan Tok Ram

gempak
23/10/2023
00:51 MYT
Zamani terselamat.