Lisa Blackpink Beli Rumah ‘Tersorok’ Di Beverly Hills, Harga RM19 Juta
Maliah Surip
17/04/2024 22:35 MYT
17/04/2024 22:35 MYT
Tidak ada yang mengejutkan apabila figura terkenal dan menjana pendapatan yang cukup besar seperti Lisa Blackpink telah menambah satu lagi aset berbentuk kediaman.
Namun ia menjadi buah mulut kerana kediaman yang dibeli Lisa kali ini bukan di Seoul, Korea Selatan sebaliknya di kawasan perumahan elit Beverly Hills, California, Amerika Syarikat.
Beverly Hills diketahui menjadi pilihan banyak selebriti terkenal Hollywood dan Lisa didakwa membeli mahligai di sebuah kawasan tersorok.
Kediaman yang terletak di atas tanah 1.3 ekar di Coldwater Canyon itu pula dibeli pada harga RM19 juta.
Ejen hartanah yang menguruskan pembelian kediaman tersebut menyifatkan rumah Lisa sebagai sangat tenang.
Ia memiliki empat bilik tidur, kawasan berpokok hijau yang sangat luas dan kolam renang.
Malah netizen juga kagum dengan hiasan dalaman dan luaran kediaman baru Lisa yang nampak sangat mewah.

BERITA TRENDING: Bakal Berlakon Di Layar Kaca, Lisa BLACKPINK Sertai The White Lotus Musim Ke-3
PILIHAN PEMBACA: Dipuja Dunia, Lisa Blackpink Tak Akan Lakukan Hal Ini Kerana Takut Ibu
Sebelum ini Lisa juga sempat menarik perhatian peminat selepas mendedahkan kediamannya di Seongbuk-dong, Seoul. Kediaman tersebut dibeli pada harga RM25 juta.