Lisa BLACKPINK Hanya Perlu 2 Jam 18 Minit Kumpul 1 Juta Pengikut Di TikTok
Maliah Surip
09/06/2024 14:55 MYT
09/06/2024 14:55 MYT
Hanya memuat naik sekeping foto, Lisa BLACKPINK membuktikan dirinya masih ‘berkuasa’ apabila berjaya mengumpul satu juta pengikut hanya dalam tempoh dua jam 18 minit membuka akaun di platform TikTok pada 6 Jun lalu.
TikTok
Kejayaan itu menjadikan Lisa sebagai bintang K-Pop terpantas yang mengumpul satu juga pengikut di TikTok. Rekod sebelum ini dipegang oleh Jungkook apabila berjaya mengumpul satu juga pengikut dalam tempoh dua jam 36 minit, lapor AllKPop.
Tidak hanya itu, pengikut di akaun Lisa bertambah mendadak dalam tempoh 24 jam dan memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang oleh bintang Bollywood, Deepika Padukone.
Tidak hanya itu, pengikut di akaun Lisa bertambah mendadak dalam tempoh 24 jam dan memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang oleh bintang Bollywood, Deepika Padukone.
ARTIKEL BERKAITAN: Lisa Blackpink Beli Rumah ‘Tersorok’ Di Beverly Hills, Harga RM19 Juta
ARTIKEL BERKAITAN: Bakal Berlakon Di Layar Kaca, Lisa BLACKPINK Sertai The White Lotus Musim Ke-3
ARTIKEL BERKAITAN: Jisoo, Jennie, Rosé & Lisa Tidak Perbaharui Kontrak Dengan YG, Tapi Masih Kekal Jalani Aktiviti Sebagai BLACKPINK
ARTIKEL BERKAITAN: Dipuja Dunia, Lisa Blackpink Tak Akan Lakukan Hal Ini Kerana Takut Ibu
ARTIKEL BERKAITAN: Kalau Dah Popular, Nama Lisa Blackpink Diabadikan Pada Bunga Yang Baru Ditemui Di Dunia
Lisa yang menggunakan nama Lalisa pada akaun TikTok mengumpul seramai 4.98 juta pengikut dalam tempoh sehari berbanding Deepika dengan 3.2 juta sebelum ini.
Malah dalam tempoh 48 jam, Lisa kini mempunyai seramai 6.1 juta pengikut dengan dirinya tidak mengikuti sesiapa di TikTok.
Satu-satunya foto yang dikongsi pula sudah mempunyai 41.6 juta tanda suka.
Bersama kemunculannya di TikTok, Lisa juga telah mencetuskan gelombang keterujaan dalam kalangan peminat apabila memberi gambaran bakal kembali dengan projek solo yang dikongsikan di bawah syarikat miliknya, LLOUD.
“Akan datang - Lisa,” tulis poster yang dikongsikan di media sosial LLOUD.