Hiburan

Lisa Surihani Akui Lebih Matang Selepas Bergelar Ibu

gempak
Ahmad Shah
17/11/2015
09:01 MYT
Sponsor Banner
Lisa Surihani Akui Lebih Matang Selepas Bergelar Ibu
Pelakon Lisa Surihani mengakui kehadiran cahaya matanya yang pertama, Yahaira Leanne yang lahir pada 15 September yang lalu banyak mengajarnya untuk menjadi seorang wanita yang lebih matang.
Menurut Lisa Surihani, kehidupannya kini lebih teratur dan tidak menyangka banyak memberi mempelajari perkara baharu setiap hari daripada anaknya itu.
"Sebelum Yahaira lahir saya merancang untuk mendidiknya pelbagai perkara namun dia yang banyak mengajar saya sejak kehadirannya.
"Sejak dia dilahirkan banyak ilmu yang saya timba untuk menjadi seorang ibu yang lebih baik setiap hari," seperti dipetik mStar Online.
Jelas Lisa lagi, sejak bergelar seorang ibu tumpuannya kini lebih kepada Yahaira dan sering mendahulukan anaknya dalam setiap perancangan.
Malah Lisa kini lebih selektif apabila diberi tawaran berlakon agar bersesuaian dengan masa dan statusnya sebagai seorang ibu.
"Alhamdulillah kehidupan saya lebih teratur dengan adanya Yahaira dan sudah tentu keutamaan diberikan kepadanya.
"Tentang karier pula, saya akan teruskan seperti biasa namun apa-apa keputusan saya akan buat dengan memikirkan anak saya," jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Lisa Surihani bakal muncul menerusi filem terbaru, Sinaran yang turut menampilkan kemunculan pelakon Indonesia Evan Sanders, Izara Aishah, Syarif (Sleeq) dan penampilan khas Datuk Sheila Majid.
Olahan Semula: Khalid Rahman
Sumber: mStar Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live