Memandangkan Diva yang satu ini baru menyambut ulang tahun kelahirannya minggu lalu, saya rasa belum terlambat untuk menyenaraikan sedikit lagu hitnya dalam kolum kali ini.

Sekadar tanda ingatan dan penghargaan terhadap bakatnya yang luar biasa, di sini saya senaraikan lima lagu hit Anita Sarawak yang popular sepanjang zaman.

Akhirnya Kini Pasti



Siapa sahaja yang tak tahu lagu ini, boleh dikatakan vibes yang terkandung dalam Akhirnya Kini Pasti masih segar dan relevan hingga hari ini.

Tragedi Buah Epal



Lagu ini juga tak kurang hebatnya, selain Akhirnya Kini Pasti, Anita juga sering mempersembahkan Tragedi Buah Epal dalam pelbagai acara di zaman kegemilangannya.

Lagu ini juga memercikkan aura 'diva' dari segi susunan muzik meskipun liriknya berkisar tentang wanita yang mengalami nasib malang.

Seksis



Anita mengetengahkan isu berat sebelah antara kaum Hawa dan Adam dalam kehidupan. Amat jarang lagu di Malaysia mengutarakan isu sebegini di mana wanita sering dianggap kurang hebat daripada lelaki dalam banyak perkara. Syabas kepada penciptanya Edry KRU!

Ayam Den Lapeh



Betul-betul versatil! Bukan sahaja boleh menyanyikan lagu-lagu pop dan lagu Inggeris sehingga menetap di Las Vegas, Amerika Syarikat, Anita juga hebat menyanyikan lagu tradisional.

Lagu Minang asal Ally Noor dan Mastura ini dinyanyikan dengan cemerlang oleh Anita dan ia kerap dimainkan di majlis-majlis perkahwinan sehingga sekarang.

Ular



Beralih ke genre Pop Rock pula, Anita mempersembahkan lagu Ular dengan dahsyat! Saya masih ingat pernah gila akan lagu ini ketika masih bersekolah rendah!

Demikianlah antara lagu Anita yang popular dan sentiasa diingati ramai.

Dimana pun diva sebenar ini berada, kita doakan Kak Nita agar sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan dirahmati Allah SWT.