Tak Jepun-lah kalau tiada anime! Menjadikan karakter anime daripada bendera setiap negara yang bertanding untuk sukan Olimpik Tokyo 2020, Jepun menarik perhatian dunia.



Menerusi laman sesawang yang sudah mula mempromosi temasya sukan terbesar itu, bendera setiap negara yang mengambil bahagian diimaginasikan semula dalam versi anime samurai.

Sama juga Jalur Gemilang, karakter anime samurai dipakaikan busana tradisional Jepun berwarna biru, merah dan kuning serta diberikan nama 'Child of the Sun and Moon'.



Nama itu diselarikan dengan hiasan kepala anime samurai itu yang bertatahkan bulan dan bintang seperti simbol ikonik Jalur Gemilang itu sendiri.

Rekaan itu disertakan sekali dengan peribahasa seperti mentimun dengan durian yang turut dialih bahasa ke bahasa Jepun.



Selain Malaysia, beberapa negara Asia lain yang turut diberikan sentuhan anime samurai adalah Singapura, Filipina, Thailand dan Indonesia.

Jom tengok karakter anime negara lain di laman sesawang World Flags ini!

Indonesia



Thailand



Singapura



Filipina