Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Liyana Jasmay Sebak Peminat Nombor Satu Sudah Tiada - “Ibu Selalu Bersama Saya..”

Umirah Halim
11/09/2024 06:25 MYT
Sering menjadi tulang belakangnya dalam dunia seni, pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay tidak dapat menahan air mata apabila terkenang momen bersama ibunya, Allahyarham Datin Habsah Simpon.

Sebak Pemergian Ibu

Menurut Liyana, selama ini ibunya sering menemani di setiap kejayaan yang dikecapi. Namun, tidak dapat lagi berkongsi detik terindah bersama ibunya lagi.

“Ibu selalu bersama saya ketika di mana-mana tetapi pada malam gala filem Baik Punya Ah Long ini sahaja dia sudah tiada.

“Ketika saya shoot filem ini ibu masih ada dan ketika ini juga saya dapat berita yang ayah saya juga menghidap kanser paru-paru jadi ia sangat sukar buat saya.

“Mereka sangat teruja ketika itu kerana saya kembali semula untuk berlakon bersama Datik Afdlin tetapi pada malam gala ini kedua-dua tiada bersama saya sangat sedih, mereka seperti peminat nombor satu saya,” katanya ketika ditemui Gempak selepas majlis sidang media filem Baik Punya Ah Long di Mid Valley pada Selasa.

Bagaimanapun, Liyana meluahkan rasa syukur kerana rakan dan keluarga terdekat masih memberi sokongan terhadap kerjayanya.

“Tapi saya bersyukur untuk malam ini saya ada adik beradik, kawan-kawan dan peminat yang datang untuk sokong saya.

“Semua orang dalam set seperti keluarga, jadi apabila saya beritahu mereka tentang berita ini mereka juga nangis bersama saya.

“Semua di set memang seperti adik beradik jadi saya bertuah dan bersyukur ada yang beri sokongan kepada saya,” ujarnya lagi.

Selain Liyana, filem Baik Punya Ah Long yang bakal menemui penonton di pawagam bermula 12 September ini turut menampilkan barisan pelakon popular seperti Johan, Zizan Razak, Adlin Aman Ramlie, Chew Kin Wah dan Allahyarham Adibah Noor.


BERITA TRENDING: “Ini Baru Betul Bibik” - Rakam Video Tanpa Mekap, Liyana Jasmay Dibuli Netizen Bermulut Celupar!

​BERITA TRENDING: "Waktu Main Scrabble Dengan Isteri, Saya Bertanya ..." - Afdlin Shauki

​BERITA TRENDING: Baru Beberapa Bulan Putus Tunang, Aya Amiruddin Dah Jumpa Pengganti?

​BERITA TRENDING: "Allah Uji Sedikit Supaya Kita Bersyukur..." - Aisyah Hijanah

Sekadar info, Allahyarham Habsah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kanser limfoma tahap empat pada 12 Mei tahun lalu.

Sebelum itu, pada Disember 2021, bapanya, Datuk Jasmay Md Shah meninggal dunia akibat kanser paru-paru selepas bertarung dengan penyakit itu selama setahun.

Arwah ibunya, Datin Habsah Simpon yang pergi menemui pencipta Mei tahun lepas akibat kanser CNS limfoma.
#Liyana Jasmay #Ibu #hiburan #Sedih #Sebak
;