Louis Koo Dedah Pernah Kerja Cuci Pinggan

Syafiqah Jalal
Jun 12, 2018 09:39 MYT
Aktor Hong Kong, Louis Koo mendedahkan dia pernah bekerja sebagai pencuci pingan di sebuah restoran sebelum bergelar artis.

Malah Louis memberitahu dia pernah melakukan pelbagai pekerjaan termasuk pekerja buruh, pengawal keselamatan dan jurujual.

Namun perkara yang paling tidak boleh dilupakan ketika bekerja sebagai pencuci pinggan di sebuah restoran dia diminta untuk membasuh ular.

Sehingga hari ini, dia masih ingat bau busuk ular itu.

Louis menyertai TVB pada tahun 1993 dan membintangi beberapa drama hit seperti The Condor Heroes 95 dan Cold Blood Warm Heart.

Sumber: Jaynestar.com

#pelakon #Pelakon #Hong Kong #Louis Koo