Hiburan
“Love Sangat Sampai Pening” – Cute Sungguh! Ini Komen Hanis Zalikha Bila Anak Diana Danielle Jumpa Alisa
Pelakon Datin Diana Danielle berkongsi beberapa foto comel yang diambil oleh anak keduanya, Aurora ketika bertemu dengan anak kedua Hanis Zalikha, Alisa Aisyah yang baru dilahirkan pada 24 Mei lalu.
Menariknya, foto-foto gelagat comel mereka ketika bertemu Alisa itu dirakamkan sendiri oleh Aurora.
Foto -foto itu dimuat naik Diana menerusi kemas kini terbaru diakaun Instagramnya semalam.
“Welcome to the world puteri @hairulazreen & @haniszalikha Alisa Aisyah! Aurora, Muhammad and I love you already... gambar-gambar diambil oleh cik kenit Aurora ?
“Tapi kantoi la ibu tak berapa peka... First time jumpa terus sapa “Hi Alia!” pastu maknya “Aipp Alisa la,” tulisnya.
Dalam pada itu, entri tersebut juga mendapat respon Hanis yang mendedahkan perangan comel Aurora dan Muhammad ketika bertemu Alisa.
“Diorang love sangat sampai pening,” tulisnya di ruangan komen foto berkenaan.
Terdahulu, Hanis Zalikha telah selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan ibu kota pada pukul 5.59 petang Jumaat
Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata Yusuf Iskandar.
Foto: Instagram @dianadanielleb