Hiburan
Lovenya! Bangunan Dan Menara Di Riyadh, Arab Saudi Bertukar Ungu Sambut Kedatangan BTS
Kumpulan K-Pop terkenal dunia, BTS telah selamat tiba di Arab Saudi petang tadi.
Kedatangan BTS yang dianggotai oleh tujuh anak mudah berbakat iaitu Jin, RM, SUGA, J-HOPE, Jimin, V dan Jungkook itu disambut meriah oleh negara tersebut.
Istimewanya lagi, lampu bangunan dan menara Kindom Centre di ibu negeri Arab Saudi itu telah bertukar kepada warna ungu sebagai tanda menyambut kehadiran BTS.
Perkara itu juga turut mendapat perhatian Army Saudi (peminat) yang kagum dan terharu dengan kejadian itu.#Riyadh turns purple to welcome @bts_bighit to #KSA. @RiyadhSeason @BTS_ARMY ? @RiyadhConnect pic.twitter.com/axVBaKbukd— SAPRAC (@SapracOrg) October 10, 2019
Menerusi tinjaun di media sosial, rata-rata mereka meluahkan rasa berterima kasih kerana menyambut kehadiran idola kesayangan mereka dengan berbesar hati.
Terdahulu, warna ungu boleh diibaratkan sebagai warna rasmi BTS selepas V menggunakan ayat ‘I purple you’ sebagai tanda sayang kepada Army yang membawa maksud ‘I love you’.
BTS hadir ke negara berkenaan untuk mengadakan konsert ‘LOVE YOURSELF: SPEAK YOURSELF’ yang dijadualkan berlangsung di Stadium King Fahd pada 11 Oktober ini.DO YOU ALL REALIZE HOW BIG IT IS FOR RIYADH TOWERS TO TURN PURPLE FOR BTS??? LIKE YALL I AM CRYING THIS IS SO BEAUTIFUL I GREW UP LOOKING AT THESE TOWERS AND NOW THEY ARE TURNING PURPLE FOR MY BOYS??? OH MY GOD #BTSInRiyadh pic.twitter.com/HV0HKhBSKJ— ... (@Jooniiiiiiiiii) October 10, 2019
Selepas Riyadh, BTS akan meneruskan siri jelajah yang terakhir untuk tema ‘LOVE YOURSELF: SPEAK YOURSELF’ di Korea pada 26, 27 dan 28 Oktober depan.
Must-Watch Video