Jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri membuat kejutan kepada isteri tersayangnya Datin Seri Nur Shahida dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah jenama Porsche.

Berita gembira itu dikongsi menerusi satu posting di Instagramnya sebentar tadi.

Menurut Nur Shahida, dia tidak menjangkakan kejutan berkenaan biarpun suaminya sebelum ini memintanya untuk menjual kereta lama mereka.

"Mula-mula suami suruh jual kereta sedih juga.

"Tapi rupanya dia nak belikan yang baru. Terima kasih hubby, berbunga-bunga hati dapat kereta baru," katanya.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen memuji pilihan kereta berkenaan yang disifatkan sangat sepadan dengan empunya diri.

Selain itu, tidak kurang juga yang menganggap ia sebagai hadiah pengorbanan seorang isteri.

Pada yang tidak tahu, rumah tangga kedua-dua pasangan itu didakwa telah dilanda badai sejak beberapa bulan lalu.

Walaubagaimanapun, mereka akhirnya berdamai dan berita gembira itu dikongsi menerusi satu video memaparkan kedua-duanya berpelukan.

BACA: “Berkahwin Itu Mudah Tapi...”- Air Mata Shahida Jatuh, Aliff Syukri & Isteri Berbaik

Untuk rekod, Aliff dan Shahida telah berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi serta seorang anak angkat.