Jika sebelum ini kecoh mengenai kasut, beg serta kerusi panggung wayang yang rosak akibat ditumbuhi kulat atau fungus, semalam muncul pula satu lagi masalah yang sama.

Namun, kali ini ia lebih meloyakan apabila membabitkan barangan kelengkapan masakan.

Beberapa keping gambar yang mempaparkan barangan seperti senduk dan sudu yang ditumbuhi kulat telah viral terutamanya di platform Twitter.

Menerusi gambar berkenaan kelihatan kesemua kelengkapan dapur itu telah mula ditumbuhi bintik berwarna hijau dan putih di permukaannya.

Disebabkan barangan berkenaan diperbuat daripada kayu, berkemungkinan pendedahan terhadap kulat adalah lebih tinggi daripada material logam.

Walau bagaimanapun, apa yang membimbangkan oleh kebanyakan netizen adakah barangan ini akan dibersihkan oleh pekerja sebelum membuka semula premis tersebut.