Loya Tekak! Sekumpulan Pelajar Ini Dipaksa Untuk Makan Najis Manusia Gara-Gara...
Hanafis Haris
27/02/2020 11:27 MYT
27/02/2020 11:27 MYT
Menjijikkan! Namun itulah hakikat yang terpaksa diterima sekumpulan pelajar apabila dipaksa untuk makan najis manusia.
Menerusi laporan Jakarta Post, seramai 77 pelajar sekolah tinggi Bunda Segala Bangsa (BSB) di Maumere, Indonesia didakwa dipaksa oleh senior untuk makan najis manusia minggu lalu.
Difahamkan, isu terbabit tercetus seorang pelajar senior telah menemui najis di dalam almari yang biasanya kosong.
Pelajar senior terbabit kemudiannya memanggil semua pelajar junior untuk bertanyakan siapa yang meletakkan najis tersebut.
"Disebabkan tiada yang mengaku, pelajar senior mencedok najis tersebut dengan sudu dan memaksa semua 77 pelajar junior makan.
"Kami terpaksa makan kerana takut untuk melawan. Ia sangat menjijikkan," kata seorang mangsa.
Difahamkan, isu berkenaan telah sampai ke pengetahuan ibu bapa setiap pelajar yang terlibat.
Menurut seorang daripada ibu mangsa, insiden berkenaan dianggap sebagai tidak berperikemanusiaan dan menggesa pelajar senior yang terlibat dalam kes dera tersebut dihukum.
Pihak sekolah juga dikatakan bakal mengadakan pertemuan dengan ibu bapa pelajar untuk membincangkan perkara tersebut.
Sumber : Jakarta Post/Sinar Harian