Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Luah Rasa Rindu Nak Kerjasama, Afdlin Shauki Kongsi Momen Bertemu Dengan Que Haidar - “Sebak Di Dada Tak Dapat Dibendung Kerana…”

Asyikin Mayudin 28/04/2025 | 04:55 MYT
Pelakon Datuk Afdlin Shauki berkongsi momen sebak pertemuannya dengan Que Haidar yang dianggap salah seorang aktor terbaik di Malaysia.

Rindu nak kerja bersama

Rasa kesal tidak berbual selama lebih sedekad, Afdlin menerusi perkongsian di TikTok turut meluahkan rasa rindu untuk bekerjasama dengan Que.

“Lama abang tak berbual dengan Que. Sebab ada insiden yang sekarang ni kita boleh lupakan. Rindu nak kerja dengan que fasal abang percaya dia adalah antara pelakon lelaki terbaik di Malaysia.

“Sangat versatile dan sangat dynamic. Perjumpaan hari itu di rumah Imilya bukan kali pertama tapi sebak di dada tak dapat dibendung kerana rasa macam ruginya kita tidak berbual selama sedekad lebih,” kongsinya.

Permulaan baru

Pada perkongsian yang sama, Adflin turut memberitahu dia dan Que juga saling bermaafan sekali gus berharap ia satu permulaan baru untuk mereka berdua.

“Kami saling bermaafan dan harapan abang ini adalah permulaan baru untuk kami. Love you Que!” katanya lagi.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa sebak dengan momen tersebut selain meluahkan rasa kerinduan untuk melihat lakonan Que Haidar.

ARTIKEL BERKAITAN: Sering Hiburkan Peminat Di Live TikTok, Netizen Kagum Que Haidar Bijak Tutup Masalah Rumah Tangga - “Sedih Sangat Tak Sangka Dia...”

ARTIKEL BERKAITAN: Que Haidar, Linda Jasmine Sah Cerai Julai Lalu

ARTIKEL BERKAITAN: Sambut Hari Jadi Ke-23, Ramai Terpesona Tengok Kacaknya Anak Teruna Linda Jasmine, Qalif Khan! - "Cepat Dia Besar, Helok Betul"

“Que Haidar terkenal dengan bakat bukan gosip-gosip murahan. Rupa pun ada, lakonan beliau baik drama, filem atau iklan-iklan raya tak pernah mengecewakan tapi lama tak tengok beliau dalam mana-mana filem.

“Betul... kadang-kadang kita menyesal bila ingat balik kita yang tidak matured dulu-dulu. At the end, kita rindu kawan-kawan kita dan kita cuma ingat yang best-best saja dengan dia.

“Dah lama tak tengok Que berlakon... berbakat tapi hilang macam tu... #come back,” komen beberapa netizen.

undefined
#Netizen #Afdlin Shauki #Que Haidar #Rindu #Lakonan Que