Hiburan

Sering Hiburkan Peminat Di Live TikTok, Netizen Kagum Que Haidar Bijak Tutup Masalah Rumah Tangga - “Sedih Sangat Tak Sangka Dia...”

gempak
Umirah Halim
28/10/2024
12:25 MYT
Sponsor Banner
Sering Hiburkan Peminat Di Live TikTok, Netizen Kagum Que Haidar Bijak Tutup Masalah Rumah Tangga - “Sedih Sangat Tak Sangka Dia...”

Berita perceraian pelakon dan pengarah Que Haidar bersama bekas isteri Linda Jasmine baru-baru ini menerima pelbagai reaksi daripada warganet.

Netizen terkejut

Menerusi tinjauan Gempak, rata-rata peminat terkejut dengan berita tersebut kerana melihat Que Haidar atau nama penuhnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar seorang yang seperti tidak mempunyai sebarang masalah di media sosial.

Malah, ramai netizen yang memuji serta menganggumi sikap Que Haidar yang memilih untuk berdiam diri dan tidak menghebahkan mengenai masalah peribadinya ketika membuat siaran langsung di media sosial.

Antara komen yang diterima termasuk:

“Dia hibur kan orang dalam live nya, tapi dia sendiri pun ada masalah, saya kagum dengan Que Haidar sebab bijak menutup masalah.

“Ye encik sedih sangat saya selalu follow live dia, terutama masa konflik Gaza tengah hebat. Tengok dia live dengan Abu ratib dan semua influencer yang perjuangkan nasib orang Gaza.

“Selalu tengok dia live isu Gaza. Tengkk raut wajah macam ada problem dan sedih. Saya syak juga time tu dia macam dah berpisah. Tengok betul.

“Dia tengah rawat hati dia sendiri selalunya gitu la. Dengan gembira kan orang dia rasa tenang walaupun hati sendiri bolak balik.

“Isteri dia diam je. Tapi Que kuat juga la sebab selalu buat live tolong Palestine tak sangka dalam keadaan macam tu pun dia mampu tutup semua kedukaan mereka berdua,” komen beberapa netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Que Haidar, Linda Jasmine Sah Cerai Julai Lalu

ARTIKEL BERKAITAN: Sambut Hari Jadi Ke-23, Ramai Terpesona Tengok Kacaknya Anak Teruna Linda Jasmine, Qalif Khan! - "Cepat Dia Besar, Helok Betul"

ARTIKEL BERKAITAN: Que Haidar Menangis 3 Kali Tonton Filem Lakonan Michelle Yeoh!

ARTIKEL BERKAITAN: Boleh Tukar Watak Sekelip Mata! Bakat Lakonan TikToker Sabah, Sakinah Ondu Dapat Perhatian Que Haidar

Terdahulu, Que Haidar mengesahkan dia dan Linda Jasmine telah sah bercerai talak satu pada 2 Julai lalu selepas 15 tahun mendirikan rumah tangga.

Tidak mendedahkan secara lanjut mengenai punca pencerainnya, Que Haidar atau nama penuhnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar memaklumkan dia dan bekas isteri masih mengekalkan hubungan baik.

Untuk rekod, Que Haidar dan Linda Jasmine mendirikan rumah tangga pada bulan Februari 2009 yang lalu.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Tengku Ratu, 15 tahun dan Tengku Cleopatra, 12 tahun.

Linda sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki iaitu Qalif Khan yang kini berusia 24 tahun.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024