Laman Utama

Luahan Hati Patimah Ismail Untuk Cucu Lelaki, Anggap Syaikhul Islam Seorang Abang Yang Bertanggungjawab

gempak
Asyikin Mayudin
17/03/2023
03:50 MYT
Sponsor Banner
Luahan Hati Patimah Ismail Untuk Cucu Lelaki, Anggap Syaikhul Islam Seorang Abang Yang Bertanggungjawab
Krisis rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana dengan pengarah Syamsul Yusof masih belum berakhir sehingga kini.
Biarpun berdepan masalah itu, namun hubungan antara Puteri Sarah dengan ibu bapa mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail masih lagi rapat.
Malah terbaharu, Patimah menerusi Instastory meluahkan rasa syukur melihat satu-satunya cucu lelakinya iaitu Syaikhul Islam sentiasa menjaga baik adiknya, Sumayyah.
"Syaikhul seorang abang yang menjaga adiknya, Sumayyah dengan baik kerana (Syaikhul) tahu, hanya dia sahaja lelaki dalam hidup adiknya," tulis Patimah.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Patimah memuat naik gambar Syaikhul mencium kepala serta berpelukan denganSumayyah di sebuah pusat peranginan.
Terdahulu, Sarah mendedahkan ibu mentuanya menawarkan diri menjadi pencelah dan saksi membabitkan krisis rumah tangganya bersama Syamsul.
Untuk info, Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024