Laman Utama

Luar Biasa Sambutan Rentak Bumi 2.0, Panggung Penuh Tiga Malam Berturut-Turut!

Amri Hassan
20/12/2022
11:49 MYT
Bukan sahaja ia berjaya menutup tirai acara 2022 dengan penuh bergaya, malah inisiatif dari tiga kumpulan tarian paling prominen di negara ini iaitu, Dua Space Dance Theatre, Sutra Foundation dan DiDance secara kolektif dan juga dengan gaya tersendiri.
Ia sekali gus telah membuktikan bahawa persembahan berbentuk budaya masih relevan di hati rakyat Malaysia, dan mampu menongkah arus masa dan teknologi yang bergerak pantas.
Selama tiga malam berturut-turut yang menyaksikan audiens yang terdiri dari pelbagai latarbelakang, para penari dari tiga kumpulan tersebut telah mempersembahakan enam koreografi tarian di bawah pengarah artistik tersohor iaitu Anthony Meh & Aman Yap (Dua Space), Datuk Ramli Ibrahim (Sutra Foundation) dan Zaridah Abdul Mallik (DiDance).
Disokong oleh program ArtsFAS dan Yayasan Hasanah, Rentak Bumi 2.0, idea untuk mementaskan Rentak Bumi 2.0 lahir hasil kejayaan video tarian Rentak Bumi tatkala dunia dilanda pendemik yang setakat ini berjaya mencapai hampir sejuta penonton di platform YouTube.
Ini seterusnya telah memberikan inspirasi kepada pengarah-pengarah artistik tersebut untuk mentransformasikan persembahan tarian itu dari bentuk video ke pementasan fizikal yang boleh ditonton secara langsung.
Menurut Aman Yap dari Dua Space, pihaknya berbesar hati dapat berkerjasama dengan Sutra dan DiDance yang mempunyai reputasi besar bukan sahaja di Malaysia malah di rantau Asia.
"Bagi pihak produksi Rentak Bumi 2.0, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan teruskan sokongan anda buat kami bagi acara-acara yang akan datang. Sesungguhnya seni dan budaya adalah jiwa negara ini dan amat penting untuk kita semua terus memelihara dan menyayanginya," ujarnya.
Hari ketiga Rentak Bumi 2.0 juga menampilkan program istimewa iaitu sebuah ceramah berserta demonstrasi yang dinamakan - ‘Behind the Making of Rentak Bumi’ atau ‘Di belakang Tabir Pembikinan Rentak Bumi’ – sebagai usaha mendekatkan diri industri seni dengan pelajar-pelajar seni persembahan di Malaysia.
Ia berjaya memberikan penerangan lebih mendalam tentang apa yang terjadi di sebalik tabir sesebuah pementasan samada tarian, teater dan lain-lain lagi demi memastikan kejayaan produksi tersebut.
Datuk Ramli Ibrahim, dari Sutra Foundation, berharap agar ceramah dan demonstrasi tersebut akan menjadi amalan setiap produksi selepas ini.
"Hal ini kerana ia dapat memberikan inspirasi kepada generasi baru untuk melibatkan diri secara serius di dalam industri seni dan budaya Malaysia.
'Rentak Bumi adalah sebuah kisah Malaysia dan kebanggaan rakyatnya yang berbilang kaum. Mesej perpaduan di dalam pementasan ini amat kuat dan saya percaya inilah yang membuatkan ianya begitu rapat dengan jiwa penonton.
"Terima kasih buat ArtsFAS dan Yayasan Hasanah yang membantu serta memberikan ruang kepada kami untuk terus berkarya," ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Kompaun Trafik DBKL Naik Mulai 1 Julai

gempak
30/06/2024
08:58 MYT
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menaikkan kadar kompaun bagi kesalahan trafik berkuat kuasa 1 Julai ini.
Berita

Netizen Risau Pokok Selalu Tumbang Di Ibu Negara, DBKL Disaran Ambil Tindakan

gempak
14/05/2024
07:55 MYT
Semalam, kecoh tentang kejadian pokok tumbang yang berlaku di ibu negara dek kerana ribut dan hujan lebat. Oleh kerana insiden tersebut banyak menyebabkan kerugian dan juga kemalangan jiwa, netizen mula mengusulkan pendapat bahawa setiap pokok perlu di audit supaya perkara yang tak diingini dapat dielakkan.
Viral

Dituduh Zalim, DBKL Sekolahkan Netizen Isu Roboh Gerai Ikan Singgang Di Kampung Baru

gempak
22/01/2024
05:55 MYT
Lain kali cari fakta dulu sebelum tuduh menuduh
Laman Utama

Susulan Tarian Separuh Bogel, DBKL Ambil Tindakan Terhadap Premis

gempak
28/08/2023
00:50 MYT
DBKL ambil tindakan
Laman Utama

Peniaga Mohon Maaf Niaga Di Tingkat 15, Akhirnya Ayam Kipuk Viral Ditutup Lepas Orang Report!

gempak
29/07/2023
08:50 MYT
Ramai kata ganggu ketenteraman, ye ke?