Hiburan

Luculah Sherry Selamba Petik Nama The Gadys, Siap Nyanyi Cintaku Sampai Ke Ethiopia

Amri Hassan
03/03/2024
14:58 MYT
Berdekah tawa seisi Axiata Arena apabila pengacara Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) menyebut nama The Gadys.

BERITA TRENDING: Nyanyian Sumbang, The Gadys Terima Segala Kritikan – “Akui Kesilapan Dan Akan Berusaha Memantapkan Vokal”

Tidak cukup menyambut dialog yang dilontarkan Alif Satar, Sherry sempat menyanyikan lagu viral Cintaku Sampai Ke Ethiopia.
Usikan Sherry itu tidak henti-henti menggeletek penonton dan warganet di media sosial yang turut berkongsi reaksi terhibur masing-masing.
"Mana tahu suatu hari nanti The Gadys dapat berdiri di pentas AJL," kata Alif yang memberikan sokongan moral kepada The Gadys.

BERITA TRENDING: “Meleleh Taik Telinga, Macam Ni Pun Boleh Lepas”- Persembahan The Gadys Tarik Perhatian…

Terdahulu, The Gadys menuai kritikan warganet apabila klip nyanyian mereka ketika di satu majlis anugerah sumbang.
Rakaman video segmen persembahan terbabit yang turut menggabungkan dua lagi lagu medley Cinta Sampai Mati serta Gadis dan Bunga tular dalam media sosial turut dijadikan meme.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.
Viral

Lelaki Berpakaian Wanita ‘Kantoi‘ Curi Baju Dalam

gempak
25/07/2024
04:01 MYT
Perbuatan seorang lelaki yang mencuri pakaian dalam di sebuah kawasan kejiranan berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV).