,
Hiburan

Lucunya, Muka Runcing Pun Orang Pertikai…Eina Azman Muatnaik Foto ‘Double Chin’! – Haa..Puas Hati Semua?

Fiza Kamarudin
11/09/2019
02:21 MYT
Sudah lumrah menjadi selebriti, apa sahaja yang dilakukan pasti menjadi pertikaian orang ramai, sama seperti yang berlaku kepada pelakon Datin Seri Eina Azman.
Pada petang Selasa, Eina telah memuat naik swafoto terkininya yang menampakkan bentuk wajah yang semakin runcing.
Bagaimanapun selain daripada pujian warga net, ada juga yang mendakwa Eina Azman menjalani prosedur untuk mengubah bentuk wajahnya.
Tidak melenting dengan tuduhan dilemparkan warganet, Eina Azman menjawab komen mereka dengan tenang dan berkongsi tips untuk mendapatkan wajah lebih runcing.
“Jaga makan, diet dan exercise…Insya-Allah boleh dapat muka yang kecil,” jawabnya.
Swafoto tersebut telah mendapat hamper 600 komen dan 45 ribu tanda suka oleh warga net.
Pagi tadi, Eina Azman berkongsi lagi swafotonya, tetapi bersama sekeping foto wajahnya dengan dagu berlapis (double chin).
Menerusi ruangan kapsyen, pelakon cantik tersebut sempat bergurau dan telah menarik perhatian pengikutnya.
“1st, 2nd n 3rd! Yes, muka kecik but swipe yang terakhir tetap ada double chin. Happy now wahai followers?,” tulisnya sambil meninggalkan tanda pagar #mnotperfect.
Walaupun baru satu jam dimuat naik, perkongsian tersebut telah mendapat hamper 11 ribu tanda suka dengan 200 komen!
Rata-rata warga net, memuji Eina Azman yang sentiasa mesra dan rajin melayan peminat di Instagram.
Mereka turut meluahkan rasa rindu untuk menonton video masakan Eina Azman dan mendengar tag line “it’s done...”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.
Hiburan

Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

gempak
18/09/2024
07:55 MYT
Gerak-geri sering dikritik, pelakon Nabila Huda, menyatakan pempengaruh media sosial sensasi, Kasih Iris Leona, 22, sebagai seorang anak muda yang berbakat, bijak, kelakar dan bukan budak 'bimbo' seperti yang disifatkan netizen.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.