Luna Maya Dedah Pernah Kehabisan Wang, Hanya Tinggal RM25 Dalam Akaun!
Asraf Aided
18/09/2020 10:54 MYT
18/09/2020 10:54 MYT
Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya mendedahkan dia pernah mengalami detik cemas apabila baki dalam akaun banknya hanya tinggal sebanyak 89,000 Rupiah (RM25) sahaja.
Memetik laporan media di Indonesia, Luna berkongsi hal itu ketika ditanya oleh pengacara Ayu Dewi tentang bila kali terakhir aktres berkenaan berhadapan masalah kewangan.
"Bila kali terakhir kamu tiada wang?" tanya Ayu.
Lantas, Luna menjawab soalan itu secara terbuka.
"Kebanyakan orang mungkin fikir golongan artis selalunya banyak duit atau tak pernah kehabisan duit.
"Akaun bank saya pernah tinggal sebanyak 89,000 Rupiah sahaja," kata Luna.
Luna juga menjelaskan, perkara itu berlaku kerana terlalu banyak melakukan pemindahan wang.
"Duit itu bukan dicuri, tapi habis kerana kerap melakukan pemindahan wang, sedar tak sedar, habis duit dalam akaun itu," katanya lagi.
Sumber : tribunnews.com