Luna Maya Enggan Ulas Lanjut Hubungan Ariel Noah & Pevita Pearce

Amri Hassan
Julai 16, 2018 04:48 MYT
Pelakon Luna Maya enggan memberikan komen lanjut mengenai hubungan bekas kekasihnya, Ariel Noah bersama Pevita Pearce.
Menurut laporan portal KapanLagi, aktres jelita itu jelas menunjukkan reaksi terkejut apabila diberitahu tentang perkara itu.
"Ah wow! Apa yang mesti dijawab? Mereka padan, sangat padan. Ya, saya tak tahu. Semoga maju jaya," katanya ringkas.
Hubungan percintaan Ariel Noah dan Pevita mula diketahui umum setelah tersebarnya gambar mereka berdua di laman sosial.
Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: KapanLagi
#pelakon #Pevita Pearce #Luna Maya #Pengacara #Pelakon #Ariel Noah