Personaliti media sosial, Luqman Podolski akui terkejut diumumkan sebagai pemenang Top Breakout Influencer pada malam anugerah Influence Asia 2017 menewaskan pelakon Mira Filzah.
Luqman atau Luqmanulhakim Kamaruddin, 19, berkata dia tidak terfikir akan memenangi anugerah tersebut kerana calon-calon yang dipertandingkan cukup terkenal.
"Rasa macam tak percaya bila nama saya diumumkan sebagai pemenang.
"Tergamam pun ada juga sebab memang tak jangka lagipun nama-nama yang tercalon pun semuanya cukup popular di Malaysia antaranya Mira Filzah dan juga Ucop.
"Saya buat video sebenarnya atas dasar suka-suka, tapi bila dapat anugerah begini saya rasa sangat terharu.
"Alhamdulillah, anugerah ini semuanya untuk peminat dan juga penyokong saya," katanya kepada Astro Gempak.
Luqman ditemui pada anugerah Influence Asia 2017 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Center Kuala Lumpur (KLCC) pada Sabtu.
Bagaimanapun menurut Luqman, dia tidak merasakan dirinya popular meskipun memenangi anugerah tersebut.
"Popular? Sedikit pun saya tidak pernah terdetik untuk rasa begitu. Siapalah saya kalau nak dibandingkan dengan yang lain.
"Saya berterima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong saya sejak dari tahun 2014 lagi.
"Saya masih lagi Luqman Podolski yang sama dan anugerah ini merupakan sebagai satu tanda penghargaan untuk peminat," ujarnya.
Selain Luqman, personaliti media sosial lain yang tercalon untuk kategori tersebut adalah Chazynash, Cupcake Aishah dan Mira Filzah.
Selain Breakout Influencer, Luqman juga turut tercalon bagi kategori Lifestyle bersama Ucop, Apple Tan dan Cupcake Aishah.
Anugerah Influence Asia 2017 menghimpunkan personaliti media sosial popular dari tujuh buah negara iaitu Malaysia, Korea, Thailand, Filipina, Singapura, Indonesia dan Vietnam.
Berikut merupakan senarai pemenang dari Malaysia.
Top Beauty Influencer - Chanwoon
Top Food Influencer - Eunice Martin
Top Parenting Influencer - Cheesie
Top Fashion Influencer - Emma Shazleen
Top Health & Fitness Influencer - Joanna Soh
Top Lifestyle Influencer - Cupcake Aisyah
Top Breakout Influencer - Luqman Podolski
Top Youtube Personality - Jinny Boy
Influencer of The Year - Jinny Boy
Top Youtube Channel - JinnyboyTV
Influencer's Choice Award - JinnyboyTV
Teks Oleh: Mya Amri
Mya Amri
Mon Apr 10 2017


Sah! Zarina Anjoulie Rujuk Balik Dengan Bekas Suami - “Tak Nak Putus Asa, Mungkin Dulu Kami...”
Alhamdulillah, doakan terbaik untuk mereka berdua

Wonder Woman, Gal Gadot Umum Hamil Anak Ketiga
Tahniah!

Isteri – Lepas Kahwin, Suami Dan Anak-Anaklah Kawannya. Ini Antara Sebab Kenapa Isteri ‘Hilang’ Kawan Sebenarnya.
Selepas berkahwin, perasan atau tak terutamanya kaum perempuan bagaikan semakin renggang dan kesudahannya ‘hilang’ kawan-kawannya. Kalau berhubung sekalipun di media sosial saja.

Masuk Klasifikasi Tontonan 18 Tahun Ke Atas, Apa Itu Borak Kelamin?
Borak Kelamin akan bersiaran sebanyak 10 buah episod

Berganda-Ganda Seram! Ini 2 Filem Horror Baru Anda Wajib Tonton Ketika Ini!
Boleh layan waktu PKP & PKPB ni!

Lady Gaga Masih Trauma & Takut
Meskipun dua ekor anjing yang diculik telahpun ditemui, penyanyi popular Hollywood, Lady Gaga dilaporkan masih berada dalam keadaan trauma dan terkejut.

Rief Daniel Dapat Idea Hasilkan Aku Solo Selepas Bertemu Yonnyboii
Mula-mula borak je, lepas tu terus jadi lagu! Fuhhh!

#SembangGajet: Tak Perlu Photoshop, Cipta Logo & Grafik Dengan Aplikasi Power Ini!
Mudah je semua boleh buat!

Kerana Watak Fika, Ezzaty Abdullah Suka Lakonkan Babak Aksi!
Ezzaty Abdullah Suka Lakonkan Babak Aksi!
.jpg?ext=.jpg)
Majlis Kahwin, Tahlil, Reunion, Akikah, Hari Jadi Dibenarkan!
Syaratnya patuh penjarakan sosial!