HIBURAN

M N46IR Cipta Raya Bakal Menggamit Memori Nostalgia Peminat

Ainun Md Zooki 11/04/2025 | 23:55 MYT
Penyanyi, Datuk M Nasir meluahkan rasa teruja untuk mempersembahkan rangkaian lagu-lagu raya malar segar buat peminatnya yang akan hadir ke Konsert Datuk M N46IR Cipta Raya.
Menurut pelantun Satu Hari Di Hari Raya itu, lagu-lagu yang dipilih bukan sahaja cukup popular pada era kegemilangannya, malah menyimpan nilai sentimental yang tinggi buat dirinya.

“Lagu-lagu ini dipilih kerana membangkitkan rasa nostalgia dan sering menjadi popular ketika musim perayaan.

“Pemilihan tiga lagu ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada komposer legenda, iaitu P. Ramlee, Oslan Hussin dan Ahmad Jaafar,” katanya kepada Gempak.

Datuk M. Nasir berkata demikian ketika ditemui semasa sesi latihan konsert yang berlangsung di My Studio, Sungai Buloh pada Khamis lalu.

Antara lagu yang bakal dipersembahkan termasuklah Selamat Hari Raya nyanyian asal Allahyarhamah Puan Sri Saloma, yang cukup sinonim dengan suasana Aidilfitri.

“Saya teringat zaman kecil saya. Walaupun banyak lagu raya yang ada, tapi lagu ini mewakili kesyahduan. Lagu Saloma riang dan ceria.

“Saya buat dalam bentuk muzik kontemporari. Itulah penghargaan saya untuk tiga lagu tersebut,” jelasnya.

Bagaimanapun, Datuk M. Nasir turut mendedahkan hasrat untuk merakamkan semula lagu-lagu raya ikonik tersebut dengan sentuhan tersendiri termasuk secara rakaman langsung di studio.

“Memang ada idea untuk rakam secara live, kemudian touch up dalam studio. Saya juga ada rancang nak rakam balik lagu-lagu raya ciptaan saya sendiri. Insya-Allah, satu hari nanti,” ujarnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada penonton konsert kali ini bakal menerima duit raya seperti yang dilakukan dalam Konsert Cipta 2 di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Oktober lalu, Datuk M. Nasir menyerahkan perkara tersebut kepada pihak penganjur, Iman Tang.

"Terserah kepada dia. Saya hanya menyanyi untuk konsert ini," ujarnya.

Selain dari itu, Datuk M Nasir bakal mempersembahkan 19 buah lagu yang bakal dinyanyikan olehnya pada Ahad ini.
Terdahulu, Konsert Dato M N45IR Cipta 2 telah berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 10 Oktober lalu dengan penuh mega.
Konsert tersebut telah berlangsung selama 3 jam serta dihujani duit raya dari pihak pengajur kepada peminat yang hadir.

BERITA BERKAITAN: Konsert M N46IR Cipta Raya Istimewa Buat Peminat, M Nasir Bakal Persembahkan 20 Buah Lagu - “Mungkin Saya Akan…”

BERITA BERKAITAN: Nur Nilam Sari Selamat Bernikah, M. Nasir Dendangkan Lagu Khas di Majlis Pernikahan - “Imagine Your Daddy Buat Lagu Untuk You”

BERITA BERKAITAN: Issey Berjaya Pujuk M.Nasir Kelik Kelantan Selepas 25 Tahun - "Saya Akui Tak Mudah..."

BERITA BERKAITAN: Lagu ‘Suatu Hari Di Hari Raya’ Berkumandang Di Konsert M N45IR Cipta 2, Ruang Axiata Arena ‘Dihujani’ 10,000 Keping Duit Raya

#Konsert #Lagu #Raya #Datuk M Nasir #Zepp KL #Cipta Raya