Komposer dan penyanyi popular tanah air, Datuk M. Nasir menyifatkan Allahyarham Jay Jay merupakan heronya dalam industri tanah air.
Ujar beliau, Allahyarham mempunyai penampilan tersendiri ketika usia mudanya.
"Sebelum saya jadi penyanyi, dia merupakan hero saya. Beberapa kali saya menonton dia secara live di Singapura dan saya antara peminat yang menunggu dia keluar masuk pintu dan melambai-lambai dan terjerit-jerit nama dia.
"Masa muda dia antara penyanyi yang menarik masa dia di tahap tinggi dia. Dia punya suara dan kemahiran dalam menyanyi. Bukan itu sahaja menyanyi sebagai penyanyi rakaman tetapi dia juga merupakan penyanyi profesional dalam bidang pengiklanan. Kebanyakan iklan 80-an itu memiliki suara dia," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tandang pada Isnin.
Saya kenal arwah sudah lama. Beliau insan yang mahir dalam kerjanya. Kerja rakaman saya semua dilakukannya sejak 20 tahun lalu. Saya hargai bakat seni arwah.