Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

M. Nasir Anggap Jay Jay Sebagai Hero – “Kemahirannya Sungguh Luar Biasa”

Gempak
05/08/2024 07:10 MYT

Komposer dan penyanyi popular tanah air, Datuk M. Nasir menyifatkan Allahyarham Jay Jay merupakan heronya dalam industri tanah air.

Ujar beliau, Allahyarham mempunyai penampilan tersendiri ketika usia mudanya.

Hero

"Sebelum saya jadi penyanyi, dia merupakan hero saya. Beberapa kali saya menonton dia secara live di Singapura dan saya antara peminat yang menunggu dia keluar masuk pintu dan melambai-lambai dan terjerit-jerit nama dia.

"Masa muda dia antara penyanyi yang menarik masa dia di tahap tinggi dia. Dia punya suara dan kemahiran dalam menyanyi. Bukan itu sahaja menyanyi sebagai penyanyi rakaman tetapi dia juga merupakan penyanyi profesional dalam bidang pengiklanan. Kebanyakan iklan 80-an itu memiliki suara dia," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tandang pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Popular Tanah Air, Jay Jay Meninggal Dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Jay Jay Selamat Jalani Pembedahan Pintasan Jantung

ARTIKEL BERKAITAN: Buat Konsert Untuk Beri Kembali Kepada Masyarakat, Siti Nurhaliza Bawa Jay Jay & Ernie Zakri Dalam Satu Suara Vol. 3

ARTIKEL BERKAITAN: Selain Fauziah Nawi, Zur Eda, Razak Ahmad & Rosnah Johari Turut Menerima Jemputan Mengerjakan Umrah Daripada Yayasan Nurjiwa

Luar biasa

Saya kenal arwah sudah lama. Beliau insan yang mahir dalam kerjanya. Kerja rakaman saya semua dilakukannya sejak 20 tahun lalu. Saya hargai bakat seni arwah.

"Sebelum jadi penyanyi, arwah antara hero saya dalam bidang muzik. Kemahirannya sungguh luar biasa. Kali pertama saya tonton arwah secara langsung di Singapura.

"Saya antara peminat dan tunggu arwah keluar serta melambai-lambainya. Arwah juga banyak iringi persembahan dan proses rakaman yang saya lakukan kerana beliau pemain bass yang baik," katanya lagi.

#Hero #M. Nasir #Jay Jay