Laman Utama

M.Nasir Tak Nak Ulas Isu Lirik Lagu 'Pinjam Seratus Nur Nilam Sari'

Gempak
18/10/2023
15:43 MYT
Penyanyi popular, Datuk M Nasir menegaskan dia tidak mempunyai sebarang masalah mengenai lirik lagu ciptaannya ‘Nur Nilam Sari’ diubah pihak lain hingga tular di platform TikTok.
Katanya, dia tidak mampu menghalang dendangan yang diciptakan khusus untuk anaknya kerana ia sudah menjadi hak milik awam.
"Pada saya TikTok merupakan platfotm paling efektif dan menjadi budaya pada era ini. Tak tahu bila akan basi .Tidak ada negatif atau positif kerana ia tengah popular.
"Bergantung kepada pengguna untuk memanfaatkannya. Itu hak awam, saya tak ada benda nak cakap.
"Sebenarnya saya tak mahu komen. Benda dah tular pun. Terpulang katanya yang enggan mengulas mengenai lagu ‘Nur Nilam Sari’ yang ditukar kepada ‘Pinjam Seratus Nur Nilam Sari’," katanya kepada media.
Dalam perkembangan lain, beliau bakal mengadakan konsert Gendang Pati di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre pada 18 November nanti.
iket-tiket berharga RM228 (Bronze), RM258 (Silver), RM388 (Gold), RM428 (Platinum), RM488 (Diamond) dan RM888 (Meet & Greet).
Selain layari MyTicket.Asia, tiket boleh dibeli di [email protected] atau hubungi talian hotline 03 8605 0195.
Untuk sebarang perkembangan terkini mengenai Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur lawati Instagram: @mndsportnevent.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.