"Maaf, Cinta Kita Bukan Sejenis Cinderella Story" - Kongsi Video Pre-Wedding, Peminat Tak Sabar Menantikan Majlis Awi Rafael & Atikah Suhaime

Rozaimi Zubaidi
Januari 15, 2019 07:59 MYT
Pasangan selebriti Awi Rafael dan Atikah Suhaime bakal mendirikan rumah tangga pada 15 Mac ini.
Menerusi entri di Instagram (IG), Atikah dan Awi telah berkongsi video pre-wedding mereka.
"Maaf, cinta kita bukan sejenis Cinderella story.
"Thank you for growing me into a better version of myself. #AwiAtikah #17March2019 #prewed," tulisnya.
Menerusi ruangan komen ramai mengakui tidak sabar untuk menunggu tarikh mereka ini disatukan dan mendoakan segala perancangan Awi dan Atikah akan dipermudahkan.
Atikah dan Awi bakal mendirikan berkahwin pada 15 Mac 2019 sempena tarikh ulang tahun kelahiran pelakon wanita itu.
Sebelum ini mereka telah melangsungkan majlis pertunangan pada 17 Mac 2018 di sebuah majlis tertutup yang dihadiri oleh ahli keluarga rapat di Royal Palm Central, Clarke Quay Singapura.
#pelakon #Penyanyi #Atikah Suhaime #Pelakon #Penyanyi #Awi Rafael #Awi Rafael