Pelakon Gerak Khas dan bekas penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi dan suaminya, Faizal Zakaria telah menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima.

Menerusi entri di Instagram, Faizal atau lebih mesra dengan panggilan Jai berkongsi ucapan manis sempena hari istimewa itu.

“Menangis di kala ini saat jari-jemari menitip kata buat mu.

“Sayang, 5 tahun... Maaf diri ini masih gagal menjadi suami mu yang terbaik.

“5 tahun, diri ini masih rasa belum sempurna, malah masih banyak kekurangan. Maaf ya sayang.

“Namun 5 tahun ini kau terlalu sempurna untukku. Sikap kasih sayang mu senantiasa menebal dalam diri mu.

“Kesabaran mu mengahadapi liku-liku kehidupan tanpa ada keluhan... Kau tabah hadapi segalanya walau adakalanya kau dihimpit keresahan namun itu tidak memudarkan kasih sayang mu pada diri ini.

“Ku titip doa agar Allah agar Allah tempatkan mu di syurgaNYA bersama mereka yang menjadi kekasih Allah, diberkati dah dirahmati kehidupanmu hingga akhir hayat.

“Sayang maafkan diri ini atas segala kekurangan dan adakalanya membebankan hidup mu,” coretnya.

5 tahun kita membina mahligai ini sayang @abby_abadi112. . Menangis disaat ini, kala jari jemari menitip kata2 untuk mu . Selama 5 tahun ini lah aku sentiasa bersyukur dgn nikmat dan amanah yg Allah berikan pada ku ini, kasih sayang yang tidak pernah luntur . Sayang, 5 tahun...maaf diri ini masih gagal menjadi suamimu yang terbaik . 5 tahun..diri ini masih terasa belum sempurna, malah masih banyak kekurangan, maaf ya sayang . Namun, 5 tahun ini, kau terlalu sempurna untuk ku...sikap kasih sayang mu senantiasa menebal dlm diri mu . Kesabaran mu menghadapi liku2 kehidupan tanpa ada keluhan...kau tabah hadapi segalanya, walaupun ada kalanya kau dihimpit keresahan namun itu tidak menudarkan kasih sayangmu pada diri ini . Kutitipkan doa, agar Allah tempatkan mu di syurgaNya bersama mereka yang menjadi kekasih Allah, diberkati dan dirahmati kehidupanmu hingga akhir hayat . Sayang maafkan diri ini, atas segala kekurangan dan adakalanya membebankan hidupmu . Ya Allah Aku bersujud sehina-hinanya dihadapanMu ini Kau peliharalah isteriku sebaik2nya Jangan diberikan kesusahan dlm hidupnya Kau berikan kebahagian utknya Kau tinggikan darjatnya, tempatkannya disyurgaMu bersama mereka yang menjadi kekasihMu . Ya Allah Ku reda setiap apa yang isteriku lakukan Tidak ada satu kesalahan pun dia lakukan terhadapku Catitkan segala kebaikan yang isteriku lakukan agar dapat beratkan timbangan amal kebaikannya nanti . Ya Allah Berikan ia kesihatan yang terbaik Perlihara amal ibadat dan auratnya Perliharakan hidayah yng Kau berikan pdanya Kau perkuatkan iman di dlm dirinya . Ya Allah Kau perlihara perkahwinan kami ini hingga akhir hayat kami Satukan hari kami, eratkan kasih sayang kami Jangan ada dendam dalam diri kami Jauhkan kami dari sebarang pertelingkahan Kau berikan kami sifat sabar dlm menempuhi setiap ujian mu . Ku menangis bila fikirkan diri ini yang serba kekurangan tapi kau masih menyayangi diri ini sepenuh hatimu...tidak ada sebarang keluhan dari mu...kau tetap tersenyum manis. . Suami 147

A post shared by Faizal Zakaria (@jaiezzany) on


Terdahulu, Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.

Hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata Muhmammad Danial Firman yang dilahirkan secara pra-matang pada 27 September 2019 dengan berat sebanyak 535 gram.

Bagaimanapun, Danial meninggal dunia selepas 70 hari dirawat di wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Sungai Buloh.

Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

Sebelum ini, Abby juga pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali iaitu pada 2016 dan 2017.