Hiburan

"Maaf Tahun Ni Satu Benda Pun Saya Tak Buat" - Fizi Ali Dedikasi Ucapan Manis Sempena Hari Lahir Isteri

gempak
Asraf Aided
29/06/2020
06:26 MYT
Sponsor Banner
"Maaf Tahun Ni Satu Benda Pun Saya Tak Buat" - Fizi Ali Dedikasi Ucapan Manis Sempena Hari Lahir Isteri
Penyampai radio Fizi Ali berkongsi sebuah video khas yang dihasilkan sempena meraikan ulang tahun kelahiran isterinya, pelakon Shakilla Khoriri.
Dalam perkongsian yang dimuat naik menerusi Instagram itu, Fizi memohon maaf kepada Shakilla kerana tidak memberi hadiah dan kejutan lain, selain daripada video tersebut.
"Hai sayang, cukup tujuh tahun kita sambut hari lahir awak sama-sama, maaf tahun ini satu benda pun saya tak buat, tak ada hadiah, tak sambut mana-mana. tak ada kejutan, hanya video ni saya dapat bagi dekat awak," tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Fizi turut mendoakan agar impian isteri kesayangannya itu tercapai.
"Di hari lahir awak, 28/06/2020 ini, semoga apa yang awak impikan selama ini akan tercapai, insya-Allah semakin hari semakin baik.
"Apapun terjadi, saya sentiasa ada di belakang awak, sayang awak," tulisnya lagi.
Ruangan komen entri berkenaan dihujani ucapan istimewa daripada para pengikut Fizi, tidak kurang juga beberapa rakan industri seperti Nad Zainal, Feeya Iskandar dan Issey Fazlisham.
Untuk rekod, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata, Ameena Sofia pada 14 Mac tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live