Pelakon Jue Aziz terlibat dalam sebuah kemalangan hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Jue sendiri menerusi ruangan Instagram Story miliknya.

Jue mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi bantuan ketika dia berhadapan kemalangan itu.

Pada masa yang sama, Jue juga memohon maaf kerana tidak dapat berkata-kata ketika kemalangan itu kerana sedang menggigil.

"Accident, terima kasih yang beri bantuan tadi, maaf jika tak mampu nak kata apa, menggigil," tulisnya.



Gempak telah menghubungi Jue untuk mengetahui perkembangan dan punca kemalangan tersebut, namun setakat artikel ini ditulis, Jue masih belum memberi sebarang respon.

Semoga Jue tidak mengalami kecedaraan serius dan baik-baik sahaja!

Kredit Foto : Facebook Jue Aziz