Pendakwah bebas, PU Abu memaklumkan bapanya yang menghidap virus Covid-19 kini berada di dalam keadaan kritikal.

Menurut PU Abu atau nama sebenarnya Abu Sufyan Mokhtar, bapanya menghidap Covid-19 tahap 5 dan kini sedang diberikan ubat tidur oleh doktor.

“Doakan ayah saya kuat untuk lawan dan sembuh dari penyakit Covid-19 ni.

“Kini keadaan ayah kritikal dan ayah diberikan ubat tidur sebab Covid-19 ayah dah sampai stage 5.

“Doakan ya. Moga ada berkat doa korang boleh sembuhkan ayah.

“Ayah Cian (nama panggilan PU Abu) sayang ayah. Maafkan salah silap Cian ayah,” katanya.

PU Abu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, dia memuat naik foto bapanya yang difahamkan sedang dirawat di hospital.

Terdahulu, PU Abu ada memaklumkan mengenai status bapanya yang terkena jangkitan virus berbahaya tersebut.

BACA: Terima Ujian Dari Allah, Bapa & Keluarga PU Abu Positif Covid-19

Entri berkenaan bagaimana pun telah mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan kesihatan bapanya.

PU Abu mula dikenali selepas kontroversinya berkahwin dua dan kemudian menceraikan isteri pertama ketika sedang hamil pada 2 tahun lalu.

A post shared by Abu Sufyan Mokhtar (@_sufyanmokhtar)