HIBURAN
“Macam Abang Dengan Adik” - Netizen Terkejut Lihat Wajah Ayah Meerqeen
Tular di aplikasi TikTok apabila video siaran langsung pelakon Meerqeen menari bersama ayahnya berjaya mencuri perhatian ramai.
Menerusi siaran langsung yang dimuat naik oleh peminat, Meerqeen dilihat sempat mengajak dan mengajar ayahnya untuk melakukan tarian popular ‘Wadidaw’.
Pada awalnya, ayah kepada pelakon itu dilihat enggan untuk melakukan tarian tersebut kerana malu, namun akhirnya bersetuju dan berjaya mengikut rentak tarian Wadidaw bersama anaknya.
Apa yang mencuri perhatian netizen adalah ayah Meerqeen kelihatan muda sehingga ada yang menyangka mereka merupakan adik-beradik.@shameerqeens random edit . comelll diaa senyumm gerawrmm🙂↕️🤏🏻 #meerqeen @Meerqeen ♬ original sound - 𝙨𝙠𝙮 ✧
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan teruja melihat wajah awet muda ayah Meerqeen.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Ayah rupanya ingatkan abang Meerqeen. Muda betul.”
“Ayah Meerqeen ke tu?
“Macam Abang dengan adik.. Awet muda ayahnya,” komen dari netizen.
BERITA BERKAITAN: “Saya Pernah Pandang Cermin Dan Maki Diri Sendiri ‘Kau Ni Tak Elok Lah’ ” - Meerqeen
BERITA BERKAITAN: Pernah Kena Buli Siber, Meerqeen Ambil Inisiatif Tak Endah Komen Negatif - “Saya Rasa Lebih Baik Saya Diam”
BERITA BERKAITAN: Impian Dianggap Terlalu Tinggi, Meerqeen Sedih Pernah Dipandang Remeh - “Mereka Sepatutnya Menyokong..”
BERITA BERKAITAN: Ezzanie Jasny Rupa-Rupanya Perangai Sejenis Kalut, Tak Ada Beza Dengan Watak Fish Dalam Drama Uncle Boss Mama – “Sangat Chaotic”
Must-Watch Video