Advertorial

Macam Best Je Tempat Belajar Aulia & Danish Dari Kau vs Aku 2? Jom Kenali University of Wollongong Malaysia, Institusi Yang Baru Dinaiktaraf dan Kini Berstatus Universiti!

Izwan Isa
20/02/2024
09:55 MYT
Penggemar drama Kau vs Aku 2 pasti asyik melihat karenah watak-watak utamanya, iaitu Aulia dan Danish dalam meladeni rasa cinta antara satu sama lain.
Watak Aulia yang manis dan Danish yang begitu memahami sudah cukup untuk menguak jiwa remaja dalam diri penonton.
Jika ada sekalipun penonton yang sudah tidak bergelar pelajar, Kau vs Aku 2 pasti menjadi jambatan terhadap kenangan zaman muda yang mungkin sedikit sebanyak mengembalikan memori di universiti.
Lebih-lebih lagi apabila lokasi penggambaran diadakan di University of Wollongong (UOW) Malaysia.
Tahukah anda, UOW Malaysia pada dahulunya dikenali sebagai KDU University College? Sedikit sejarah mengenai asal usulnya, pada tahun 1983, sebuah kolej yang diberi nama KDU College telah dibangunkan di ibu kota oleh Paramount Corporation Berhad.
Status kolej universiti KDU College kemudian dinaik taraf dan institusi pendidikan itu dikenali sebagai KDU University College pada 2010.
Kemudian, pada 2019, University of Wollongong (UOW) Australia memperoleh pegangan majoriti dalam UOW Malaysia KDU dan menjadi salah satu pemilik bersama Paramount Corporation Berhad.
UOW Malaysia adalah sebahagian daripada rangkaian global UOW, yang memiliki kampus di Australia, Dubai, Hong Kong dan tidak lama lagi di India.
Dengan naik taraf kepada status universiti, UOW Malaysia telah menyertai kumpulan universiti swasta terkemuka di Malaysia dan bersedia untuk menonjol sebagai kampus yang inovatif, pelbagai dan berhubung di peringkat global.
Kau vs Aku 2 masih mengekalkan Shasha Abedul dan Dini Schatzmann sebagai teraju utama, iaitu Aulia dan Danish di samping rakan-rakan mereka yang dibintangi oleh Chubb-E sebagai Zafran, Imran Aqil (Ashraf), Mia Sara Shauki (Nina) dan Arena Wan (Syafikah).
Penerbitan siri adaptasi daripada platform web novel, Wattpad ini telah berjaya menjadi siri hiburan nombor satu di sooka, dengan lebih 200 juta tontonan di platform TikTok serta memperoleh tontonan unik tertinggi sejak pelancaran aplikasi penstriman tersebut.
Kau vs Aku 2 ditayangkan di platform penstriman sooka.
Ia juga turut ditayangkan menerusi slot Dramavaganza di Astro Ria (Saluran 104) dan boleh disaksikan menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Drama

Kau vs Aku 2: Ramai Puas Hati Episod Akhir Siap Minta Musim Ketiga! - Best Sangat Cerita Ni, Nak Lagi”

gempak
02/02/2024
14:41 MYT
Ramai nak musim ketiga.
Drama

Kau vs Aku 2: Episod 7 Banyak Permainan Emosi, Danish Cuba Jadi Teman Lelaki Terbaik, Hubungan Aulia & Farhan Pula…

gempak
31/01/2024
12:55 MYT
Apa yang bakal terjadi pada Danish dan Aulia eh?
Drama

Kau vs Aku S2: Recap Episod 3 - Farhan Dah Mula Pikat Aulia & Sophia Semakin Licik

gempak
30/01/2024
11:55 MYT
Kau vs Aku 2 recap episod 3.
Drama

Kau vs Aku S2: Recap Episod 2 - Farhan Jatuh Hati Pada Aulia, Siap Cabar Kesabaran Danish

gempak
29/01/2024
12:55 MYT
Recap episod 2 Kau vs Aku 2
Drama

Kau vs Aku S2: Recap Episod 1 - Aulia Terjumpa Ex Boyfriend, Danish Cuba Beri Penjelasan & Hati Mula Berbelah Bahagi

gempak
26/01/2024
11:55 MYT
Recap episod 1 Kau vs Aku musim kedua.