Umum mengetahui pelakon Nabila Huda dan Ellie Suriaty sedang sibuk menjalani penggambaran filem Telaga Suriram.

Justeru, tidak hairanlah jika Nabila kerap memuat naik gambar-gambar belakang tabir sewaktu sesi penggambaran filem berkenaan berlangsung.

Ada sekeping gambar yang menyorot perhatian netizen, iaitu gambar Nabila memeluk Ellie daripada belakang sambil Ellie kelihatan memegang sabit.

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)


Menerusi ruangan kapsyen, Nabila menulis: “Itu mak Maimon, Tijah,” tulisnya.

Sungguhpun hanya sekeping gambar bersama Ellie Suriaty yang dikongsikan, namun, ramai yang sudah tidak sabar menantikan lakonan mereka di layar lebar.

“Hebat jurumekap ni. Memang nampak macam betul-betul anak beranak ni,” ujar seorang pengikut Nabila.

“Kalau Kak Ellie berlakon memang the real one. Tak Sabar nak tengok,” kata seorang pengguna Instagram.

“Ini dua org kalau belakon sekali memang mantap,” kata seorang lagi peminat.

Mengimbau kembali, Nabila menerusi temu bual sebelum ini berkata, dia berasa sangat teruja membawakan watak Maimon yang bisu sejak lahir.

Menurut Nabila, dialognya juga tidak banyak dan dia memang menantikan watak-watak sebegini.

Sementara itu, selain memegang watak ibu kepada Maimon, Ellie Suriaty turut menggalas tanggungjawab sebagai jurulatih lakonan bagi filem berkenaan.

Menurut Ellie, dia berasa teruja untuk mengemudi lakonan pelakon-pelakon dalam filem tersebut kerana barisan pemain yang terlibat semuanya hebat-hebat.

Untuk rekod, Nabila Huda pernah dianugerahkan Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Munafik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Jalan Kembali: Bohsia 2 dan Makrifat Cinta sementara Ellie Suriaty pula dianugerahkan Pengarah Harapan menerusi filem Penanggal.



***Gempak Most Wanted is back! Korang boleh mula mengundi artis kesayangan korang di sini

Selain itu, teruskan mengundi untuk Top5 Anugerah MeleTOP ERA 2021 di sini #YangFreshYangLegend

Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.​