,
Hiburan

“Macam Cucu Berebut Mainan Kat Opah” – Comelnya Aksi Petugas Media Ambil Coklat Dari Tun Dr. Siti Hasmah

Azwa Rahman
27/02/2020
10:13 MYT
Isteri Perdana Menteri Interim Tun Dr. Siti Hasmah mencuri perhatian wargamaya apabila mengedarkan coklat kepada petugas media.
Menerusi laman sosial Twitter, Bernama berkongsi sepotong video menunjukkan aksi petugas media yang mengambil coklat yang diagihkan oleh Tun Dr. Siti Hasmah.
“Isteri PM interim, Tun Dr Siti Hasmah mengagihkan coklat kepada petugas media yang membuat liputan kemelut politik negara, ketika tiba di bangunan Perdana Putra, Putrajaya pagi tadi,” tulis pengendali akaun terbabit menerusi satu kicauan.
Sambil kereta dipandu perlahan oleh pemandunya, Tun Dr. Siti Hasmah mengedarkan sebekas coklat Kit Kat di luar bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
Selain mengedarkan coklat, aksi Tun Dr. Siti Hasmah yang memegang seekor patung harimau turut mendapat perhatian.
Aksi tersebut mengundang pelbagai respon positif warga Twitter dan rata-ratanya terhibur.
“Hahahaha macam cucu-cucu tengah berebut mainan kat opah,” tulis seorang wargamaya.
“Adakah anda tahu maksud beri Kit Kat ni? Dalam budaya Jepun sebelum exam, pelajar akan diberi Kit Kat. Kit Kat ialah singkatan bahasa jepun "Kitto Katto Katsu" yang bermaksud, "Good Luck" "Never Fail" atau "Pasti Menang”,” ulas seorang wargamaya.
“Abang Polis tu geram gamaknya segenggam dia ambik bagi-bagi . Satu-satu je korang ambik lenguh la tangan Tun,” usik seorang wargamaya.
“Tun Siti Hasmah nampak ceria dan sihat. Semoga sentiada di bawah lindungan-Nya,” doa seorang wargamaya.
“Yang ni saya sayang, sentiasa dibelakang suami, bukan di depan atau sebaris tempat. Sentiasa berhemah dan terpuji sifat-sifat yang ada pada seorang isteri ibu nenek. Sayang Tun berdua,” kata seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 100,000 tontonan dan 2,000 ulang kicau daripada warga Twitter.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dewi Bukan Warganegara Indonesia Seperti Yang Dinyatakan - “ Saya Orang Malaysia”

gempak
23/10/2024
02:25 MYT
Menurut pemilik nama Emira Delyati Dewi, dia dilahirkan di Malaysia dan mempunyai kad pengenalan diri berwarna biru.
Hiburan

Khai Bahar Wakili Malaysia Ke Abu Music Festival Di Istanbul - "Alhamdulillah, Tak Terfikir Sampai Tahap Ni"

gempak
21/10/2024
14:55 MYT
Pelakon yang juga aktif dalam sukan extreme, Mat Redho telah berkongsi mengenai anaknya yang telah hilang di kawasan sekitar TTDI, Kuala Lumpur.
Hiburan

Ameera Khan Lebih Memilih Lelaki Indonesia, Hati Cair Bila Dipanggil ‘Cinta’ - “Kalau Malaysia, Dari Pengalaman Saya, Bila Mereka…”

gempak
21/10/2024
04:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Ameera Khan atau Little Miss Khan (LMK) mengakui dia masih belum mempunyai hubungan cinta yang serius memandangkan dirinya baru berusia 23 tahun.
Hiburan

Bakal Adakan Konsert Skala Besar Di Malaysia, Sal Priadi Perlukan Persiapan Lebih Rapi - "Secara Jujurnya, Saya Gementar Memikirkan..."

gempak
10/10/2024
12:55 MYT
Penyanyi Indonesia, Sal Priadi, mengakui berasa bimbang untuk mengadakan persembahan di Malaysia buat kali pertama memandangkan ia akan diadakan dalam skala yang lebih besar.
Gaya Hidup

MY Gaya Month 2024 Martabatkan Barangan Buatan Malaysia

gempak
09/10/2024
18:26 MYT
Persatuan Pereka Bumiputera Malaysia (MBDA) telah melancarkan kempen MY Gaya Month 2024, yang bertujuan untuk menonjolkan serta mempromosikan barangan buatan Malaysia melalui produk fesyen, gaya hidup, dan pelancongan.
BorakSeeni