Majlis akikah anak kelima pelakon Datin Anne Ngasri, Nefa Naura diadakan dengan sangat meriah pada Sabtu lalu.

Majlis akikah itu dimeriahkan lagi dengan hiasan pelamin untuk bayi yang diraikan.

Dekorasi pelamin tersebut seakan-akan berada di taman bunga`kerana hiasan bunga-bungaan dan pokok sakura penuh diletakan disekeliling katil tempat bayi beradu.

Menerusi foto-foto yang dikongsi Anne di dalam akaun Instagram (IG) miliknya, ramai tetamu terutama keluarga menghadiri majlis tersebut.

Menariknya pada hari majlis akikah tersebut, Anne juga turut meraikan hari ulang tahun perkahwinannya keenam bersama Datuk Mohd Sumali Reduan.

Anne turut berkongsi ucapan bermakna buat suaminya.

All these years, you have been amazing. As a dad to our kids and also my lover, I have been happy in your arms and I could see that we’ll be happier for the rest of our days.Syukur Alhamdulilah, Thank you for everything. With Your humble attitude and sacrifice, Ur warmth hugs. Happy anniversary 6years , I thank God for giving me the best husband like u! @mohdsumali_molly ❤️❤️Tq @seridelimabridal

A post shared by Anne Ngasri (@annengasri_official) on


Anne melahirkan Nefa Naura pada 28 November lalu.

Anne yang pernah popular menerusi drama bersiri Cili Padi mendirikan rumah tangga dengan Sumali pada 22 Disember 2012.

Anne dan Sumali dikurniakan seorang anak lelaki Sufi Harraz yang kini berusia lima tahun.

Hasil perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Abdul Wafi Hassan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Abdul Warits, 12, Abdul Wafri, 10, dan Nazharah Afrozah, 8.

Pelamin cantik by @seridelimabridal Alhamdulillah sangat cantik bukan saja dimata saya tetapi semua tetamu yang hadir. Sejak dari majlis nikah saya, majlis aqiqah Sufi dan sekarang Nefa, saya dan keluarga memang berpuas hati dengan hasil kerja mereka. Semoga ada rezeki untuk menggunakan khidmat mereka lagi. Terima kasih semua. Semoga terus sukses dan dimurahkan rezeki.

A post shared by Anne Ngasri (@annengasri_official) on