Macam Dalam Taman Bunga, Pelamin Akikah Anak Kelima Anne Ngasri Meriah!

Syafiqah Jalal
Disember 24, 2018 05:01 MYT
Majlis akikah anak kelima pelakon Datin Anne Ngasri, Nefa Naura diadakan dengan sangat meriah pada Sabtu lalu.
Majlis akikah itu dimeriahkan lagi dengan hiasan pelamin untuk bayi yang diraikan.
Dekorasi pelamin tersebut seakan-akan berada di taman bunga`kerana hiasan bunga-bungaan dan pokok sakura penuh diletakan disekeliling katil tempat bayi beradu.
Menerusi foto-foto yang dikongsi Anne di dalam akaun Instagram (IG) miliknya, ramai tetamu terutama keluarga menghadiri majlis tersebut.
Menariknya pada hari majlis akikah tersebut, Anne juga turut meraikan hari ulang tahun perkahwinannya keenam bersama Datuk Mohd Sumali Reduan.
Anne turut berkongsi ucapan bermakna buat suaminya.
Anne melahirkan Nefa Naura pada 28 November lalu.
Anne yang pernah popular menerusi drama bersiri Cili Padi mendirikan rumah tangga dengan Sumali pada 22 Disember 2012.
Anne dan Sumali dikurniakan seorang anak lelaki Sufi Harraz yang kini berusia lima tahun.
Hasil perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Abdul Wafi Hassan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Abdul Warits, 12, Abdul Wafri, 10, dan Nazharah Afrozah, 8.
#pelakon #Anak #Pelakon #Akikah #Anne Ngasri